Friday, 27 January 2017

Bila semua letak senjata, baru Yaman boleh aman


ZIN MAHMUD  |  06 November 2016 5:15 PM

PENGLIBATAN pemberontak Houthi dalam melancarkan peluru berpandu balistik ke Arab Saudi menambah lag

PENGLIBATAN pemberontak Houthi dalam melancarkan peluru berpandu balistik ke Arab Saudi menambah lagi polemik dunia Islam.
Dua tahun lalu, seorang bapa di Kedah menghantar anaknya belajar ke Yaman. Pelajar itu pergi bersama sekumpulan anak-anak Malaysia lainnya untuk menuntut ilmu agama di sana. Beberapa bulan kemudian, mereka pulang kerana suasana sudah tidak selamat ekoran kejadian letupan bom. Kini Yaman sedang dilanda perang yang dahsyat.

Walaupun Mesir merupakan destinasi utama pelajar Malaysia menuntut ilmu agama, tetapi Yaman seperti Jordan adalah juga tempat tumpuan pelajar. Pada masa aman dahulu, ada juga pelajar Malaysia yang menuntut ilmu di Damsyik, Syria.

Malah pada tahun 1970-an, pelajar Malaysia juga belajar di Baghdad, Iraq. Tetapi apabila perang melanda Iraq, Syria dan Yaman, maka peluang belajar di sana juga hilang ditelan asap.

Dokumentari mengenai institusi pendidikan agama di Yaman yang unik kerana ia bersifat terbuka dan bebas pernah dipaparkan dalam YouTube sebelum perang dahulu menunjukkan sistemnya berbeza daripada apa yang ada di Kaherah, Amman, Damsyik dan Madinah.

Selain itu Yaman juga memiliki khazanah warisan yang banyak dan pelbagai. Hinggakan National Geographic menunjukkan tapak tapak arkeologi yang masih bermisteri untuk diteroka oleh para penyelidik. Ada satu berita menyatakan penemuan mushaf-mushaf Quran purba di gua-gua pergunungan Yaman.

Namun begitu, kedudukan geografi menjadikannya strategik bagi sesiapa yang mahu menguasai dunia. British pernah menjajah Yaman Selatan, pelabuhannya Aden merupakan pangkalan penting bagi empayar itu.

Setelah merdeka, Yaman Selatan menjadi negara Marxis dan Aden digunakan oleh Soviet Union sebagai pangkalan. Apabila komunisme tumbang, Yaman Utara dan Yaman Selatan bersatu tanpa pertumpahan darah. Amerika Syarikat (AS) pula menjadikan Aden pelabuhan strategiknya. Serangan pertama Al-Qaeda pula berlaku di Aden.

Seperkara lagi yang meletakkan Yaman sebagai negara strategik ialah kedudukan yang jaraknya dengan Mekah dan Jeddah tidak jauh. Apabila Arab Spring tercetus, ia juga sampai ke Yaman dengan orang ramai menjatuhkan Presiden Ali Abdullah Saleh pada tahun 2012 setelah memerintah selama 33 tahun. Beliau berundur dan jawatan presiden disandang oleh naib presidennya, Abdul Rabbuh Mansur Hadi yang menang pilihan raya tanpa bertanding.

Tetapi beliau terpaksa berdepan dengan pemberontakan Gerakan Houthi di utara dan kumpulan al-Qaeda di selatan. Pemberontakan Houthi di utara merebak masuk ke dalam wilayah Arab Saudi. Maka Arab Saudi bertindak campur tangan. Keadaan bertambah buruk dengan golongan Houthi menawan ibu negara Sanaa dan kerajaan Yaman berpindah ke Aden. Turut menyokong Houthi ialah golongan yang setia pada Ali Abdullah Saleh.

Tiga penjuru

Kini perang di Yaman, seperti juga di Syria bersifat tiga penjuru. Di sebelah utara adalah golongan Houthi. Di sebelah selatan ialah kerajaan Yaman. Sementara di sebelah tengah dikuasai golongan al-Qaeda dan kumpulan-kumpulan sealirannya seperti Daesh atau Islamic State. AS campur tangan dengan keutamaannya untuk menumpaskan Daesh dan al-Qaeda. Untuk itu ia juga menggugurkan bom di pelbagai sasaran, termasuk dalam kalangan penduduk awam.

Minggu lalu Arab Saudi menyatakan pihaknya telah mematahkan serangan peluru berpandu daripada pihak Houthi yang menyasarkan Mekah. Bagaimanapun Houthi menafikan dakwaan itu dan menyatakan peluru berpandunya menyasarkan lapangan terbang Jeddah. Lapangan terbang itu bagaimanapun adalah tempat orang awam serta menjadi pangkalan bagi para jemaah umrah mendarat.

Arab Saudi mengetuai Pakatan Arab atau Arab Coalition yang terdiri daripada Kuwait, Maghribi, Emiriah, Senegal, Sudan, Bahrain, Mesir, Jordan dan Qatar. Ia bertujuan membantu kerajaan Republik Yaman pimpinan Abdul Rabbuh Mansur Hadi.

Selain daripada Pakatan Arab itu, negara lain yang menyokong kerajaan beliau ialah Amerika Syarikat, Britain, Kanada, Perancis, Djibouti, Turki dan Somalia. Mereka sedang berperang menentang golongan Houthi yang menubuhkan kerajaan pemberontak melalui Majlis Politik Tertinggi pimpinan Saleh Ali Al-Sammad.

Golongan ini mendapat sokongan daripada Iran, Rusia, Syria, Iraq dan Korea Utara. Nama Gerakan Ansarullah Houthi ini mengambil sempena daripada Syeikh Hussein Badreddin Al-Houthi yang terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Yaman pada tahun 2004. Beliau pernah menjadi anggota Parlimen Yaman dari Parti Islam Al-Haq. Houthi adalah seorang pemimpin mazhab Syiah Zaidiah.

Dianggarkan 99 peratus penduduk Yaman yang berjumlah 25 juta beragama Islam. Sebanyak 60 peratus orang Islam bermazhabkan Sunni. Majoriti daripadanya mengikut Syafie dengan bilangan besar adalah Maliki dan Hambali. Sebanyak 40 peratus orang Islam pula bermazhabkan Syiah. Majoriti Syiah itu adalah Zaidiah, sementara ada juga pengikut Imam Dua Belas dan Ismailiah. Mazhab Imam Dua Belas sama dengan Syiah di Iran.

Golongan Houthi pernah memberontak ketika Yaman berada di bawah Presiden Ali Abdullah Saleh, yang juga dari kalangan mazhab Syiah Zaidiah. Mereka juga menyertai kebangkitan Arab Spring yang membawa kepada kejatuhan presiden itu. Namun apabila presiden itu berundur dan pilihan raya diadakan dengan membawa kemenangan kepada Presiden Abdul Rabbouh, seorang Sunni, para penyokong Ali Abdullah Saleh memihak pula pada golongan Houthi yang membawa mereka menawan ibu negara Sanaa.

Peperangan yang banyak mengorbankan orang awam ini termasuk dari suku kaum bermazhabkan Syiah mendorong kemasukan Iran. Malah sekutu Iran di Lebanon iaitu Hezbollah turut masuk membantu. Keadaan di Yaman ini menyebabkan bukan saja hubungan antara Arab Saudi dan Iran tegang tetapi juga antara masyarakat Sunni dan Syiah di peringkat dunia. Ia juga membawa kepada boikot haji oleh pihak Iran atas alasan bimbang terhadap keselamatan jemaah haji mereka.

Akibat daripada kesengsaraan penduduk awam, pada Ogos lalu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memulakan rundingan damai di Kuwait antara kerajaan Yaman dengan pemberontak Houthi. Tetapi pihak Houthi meletakkan syarat supaya Abdul Rabbouh berundur. Tetapi baru- baru ini apabila draf plan damai itu menetapkan beliau supaya berundur, penyokong penyokong kerajaan Yaman di Aden pula menunjuk perasaan membantah.

Buat masa ini pengeboman termasuk dari AS terus berlaku dan agensi-agensi kemanusiaan antarabangsa cuba menyelamatkan nyawa orang awam. Perang semakin sengit dengan tidak menghiraukan lagi nyawa orang awam. Seperti di Syria, mereka seolah olah berkejar-kejar untuk mendapatkan lebih banyak kawasan sebelum gencatan senjata berlaku untuk rundingan damai.

Cara hendak menghentikan perang hanyalah meletak senjata dan pihak asing berundur. Persepakatan antara kerajaan Yaman dan pemberontak Houthi diperlukan sebelum boleh mematahkan penguasaan Daesh dan al-Qaeda yang semakin kuat bertapak di negara itu.

Saturday, 21 January 2017

Lebih 20 mati tertimbus di Iran


Bangunan beli-belah tertua di Teheran runtuh

21 Januari 2017 12:11 AM



TEHERAN 20 Jan. - Sekurang-kurangnya 20 anggota bomba dipercayai mati tertimbus selepas sebuah bangunan setinggi 17 mengandungi pusat beli-belah dan gudang pakaian runtuh di Iran, semalam.

Datuk Bandar Teheran, Mohammad Bagher Ghalibaf berkata, mereka yang terpe­rangkap itu merupakan sebahagian daripada 200 anggota bomba yang ditugaskan untuk memadam kebakaran di bangun­an tersebut.

Difahamkan, setakat ini seramai 88 ce­dera termasuk anggota bomba dalam kejadian itu.


Seorang jurucakap bomba pula memberitahu, tiada mayat yang dikeluarkan daripada runtuhan tersebut dan pasukan penyelamat kini mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan berlakunya runtuhan susulan yang mungkin memburukkan lagi keadaan.

Bangunan yang dikenali sebagai Plasco dibina sejak 54 tahun lalu dan dianggap tempat beli-belah tertua di Teheran, menjadikannya ba­ngunan yang berisiko tinggi.

Kebakaran yang disusuli letupan dilaporkan bermula di tingkat 10 bangunan tersebut sekali gus melemahkan struktur bangunan berkenaan sehingga menyebabkannya runtuhan berlaku.

Berikutan insiden kebakaran dan runtuhan itu juga, kedutaan Jerman dan Turki yang terletak bersebelahan bangunan tersebut terpaksa ditutup sebagai langkah keselamatan.

Difahamkan, kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan ketika ini dengan bantuan tentera serta unit anjing pengesan.

Sebuah terowong juga terpaksa digali di kawasan letak kereta bagi membolehkan pasukan penyelamat sampai ke tingkat bawah tanah untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di situ.

Dalam pada itu, Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata, rakyat Iran bersedih dengan tragedi itu dan berterima kasih terhadap pengorbanan anggota bomba selama ini.

Pada masa yang sama, beliau mengarahkan satu siasatan terperinci dijalankan bertujuan mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan. – DPA/AFP

Thursday, 19 January 2017

75 termasuk bomba cedera runtuhan bangunan di Iran


19 Januari 2017 11:20 PM
SEORANG anggota bomba berjalan di atas sisa runtuhan bangunan

SEORANG anggota bomba berjalan di atas sisa runtuhan bangunan yang musnah dalam kebakaran di Teheran, Iran hari ini. -AFP
TEHERAN 19 Jan. - Sekurang-kurangnya 75 orang termasuk 45 anggota bomba cedera apabila sebuah bangunan yang hampir musnah dalam kebakaran runtuh di Iran, lapor stesen televisyen tempatan hari ini.

Ekoran kejadian itu, pasukan penyelamat yang dibantu sepasukan anggota tentera dan unit anjing pengesan dikerah ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa termasuk anggota bomba yang masih terperangkap dalam runtuhan berkenaan.

Agensi berita Tasnim yang memetik kenyataan pejabat Gabenor Teheran melaporkan, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada litar pintas.


Ketika ini, belum ada kematian dilaporkan manakala mangsa yang cedera pula telah dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut. -REUTERS

Friday, 6 January 2017

Gempa bumi 5.3 skala Richter gegar selatan Iran


Peta wilayah Khonj
 Peta wilayah Khonj
06 Januari 2017 11:47 PM

TEHRAN 6 Jan. - Gempa bumi berukuran 5.3 skala Richter menggegarkan wilayah Fars pada pukul 2.33 pagi waktu tempatan hari ini.

Bencana itu turut mengorbankan empat orang rakyat Afghanistan.

Menurut Ketua Eksekutif Daerah Khonj, Mokhtar Abbasi kepada stesen televisyen negeri, kesemua mangsa terkorban di kampung Seif Abad.

Pada 2003, satu gempa bumi turut berlaku dan mengorbankan sekurang-kurangnya 31,000 orang dan memusnahkan bandar bersejarah Bam. - AFP

Tuesday, 3 January 2017

Lagi letupan di Baghdad, 35 maut


3 JANUARI 2017
Lagi letupan di Baghdad, 35 maut


Lagi letupan di Baghdad, 35 maut Militan Daesh mengaku melakukan serangan - Foto AFP
IRAN - BAGHDAD. Sekurang-kurangnya 35 terbunuh dalam letupan bom kereta di dataran yang sibuk di ibu negara Iraq, Baghdad, kata sumber keselamatan dan perubatan.

BBC melaporkan, 61 yang lain cedera dalam letupan berkenaan di daerah timur Sadr City yang dikuasai Syiah.

Satu lagi bom kereta kemudian meletup di tempat letak kereta di Hospital Al-Kindi menyebabkan tiga orang terbunuh.

Militan Daesh mengaku melakukan kedua-dua serangan yang mensasarkan perhimpunan pertama Syiah.

Pada Sabtu, Daesh mengaku melakukan dua serangan berani mati di sebuah pasar di Baghdad yang menyebabkan 28 orang mati.

[ARTIKEL BERKAITAN: 21 maut,45 cedera letupan di pasar]

Serangan Isnin mensasarkan dataran di Sadr City di mana pekerja menunggu untuk ke bekerja.

Assad Hashim, pemilik kedai telefon bimbit yang mengalami luka serpihan di tangan kanannya memberitahu AP, pengebom berani mati itu berpura-pura mahu mengupah pekerja.

Pekerja bersesak di kenderaan tersebut cuba untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.

"Satu letupan besar berlaku dan menyebabkan mereka terpelanting ke udara," kata Hashim.

Sementara itu, menurut agensi berita Reuters, sembilan daripada mangsa adalah wanita yang berada di dalam bas mini yang melalui dataran berkenaan ketika letupan.

Saturday, 31 December 2016

21 maut, 45 cedera letupan di pasar


31 DISEMBER 2016
21 maut, 45 cedera letupan di pasar


21 maut, 45 cedera letupan di pasar
BAGHDAD - IRAQ. Sekurang-kurangnya 21 terbunuh manakala 45 cedera selepas dua bom meletup di sebuah pasar sesak di tengah Baghdad, kata pegawai Iraq.

Serangan berlaku pada awal pagi Sabtu di Al Sinaq sebuah pasar sibuk yang menjual aksesori kereta, makanan, pakaian, dan benih pertanian dan jentera.

Polis berkata, sepasang bom silih berganti meletup di tepi jalan, namun pegawai kemudian berkata, bom pertama meletup di tepi jalan dikikuti dengan letupan kedua dari pengebom berani mati yang meletupkan diri di tengah-tengah orang ramai

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dengan insiden letupan paling dahsyat melanda pasar itu sejak Oktober lalu.

Mangsa yang dianggarkan oleh pihak polis dan pegawai perubatan adalah di antara 19 hingga 23 orang.

Friday, 30 December 2016

Arab Saudi, Iran bincang persiapan haji tahun depan


30 Disember 2016 10:05 PM
GAMBAR HIASAN ARKIB UTUSAN
 GAMBAR HIASAN ARKIB UTUSAN

RIYADH 30 Dis. - Arab Saudi telah menjemput Iran dalam perbincangan tentang penghantaran jemaah haji negara itu untuk tahun depan selepas Arab Saudi tidak menyenaraikan Iran dalam kumpulan jemaah haji tahun ini berikutan pertikaian diplomatik.

Akhbar Al-Hayat melaporkan Menteri Haji, Mohammed Bentin telah mengadakan pertemuan dengan lebih 80 negara termasuk Iran bagi memperincikan tentang persediaan haji tahun depan.

``Delegasi haji Iran telah dijemput oleh Arab Saudi untuk persiapan haji tahun depan,’’ lapor akhbar itu.


Akhbar Arab News pula melaporkan, Riyadh mengalu-alukan jemaah haji dan umrah tanpa mengira negara atau mazhab termasuk jemaah haji Iran.

Lebih 1.8 juta jemaah haji dari seluruh dunia menunaikan ibadah berkenaan tahun ini namun Iran terkecuali berikutan ketegangan antara Riyadh dan Tehran akibat tragedi rempuhan pada musim haji 2015.

Kira-kira 2,300 jemaah haji terkorban dalam tragedi yang disifatkan paling buruk berlaku semasa musim haji.

Riyadh memutuskan hubungan dengan Tehran pada Januari lalu selepas penunjuk perasaan Iran membakar pejabat kedutaan dan konsulat Arab Saudi berikutan keputusan Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati terhadap ulama Syiah. - AFP

Saturday, 24 December 2016

Ada pro, kontra Abdul Hadi ke Iran

IBRAHIM ALI
 IBRAHIM ALI
24 Disember 2016 12:14 AM


KUALA LUMPUR 23 Dis. – Pre­siden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyifatkan lawatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Iran untuk menghadiri satu persidangan baru-baru ini mempunyai kesan baik dan buruk.

Ibrahim berkata, persidangan yang dihadiri Abdul Hadi itu adalah sebuah program perbandingan antara agama yang dihadiri tokoh agama Islam termasuk daripada golongan fahaman Islam Sunni dan Syiah.

“Daripada segi inte­raksi persidangan itu adalah untuk mereka bertukar pendapat, ber­debat dan berdialog ten­tang isu berkaitan kepentingan umat Islam, dan saya tengok ada baiknya dalam aspek itu.

“Namun, ada pihak melihat, oleh kerana Iran menjadi tuan rumah, pe­nyertaan (Abdul Hadi) itu memberi gambaran seolah-olah kita merestui tindak tanduk Iran di Aleppo,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan Senarai Jawatankuasa Perkasa Malaysia Peringkat Pusat Penggal 2016-2019 di sini hari ini.

Sementara itu, Ibrahim turut menyifatkan lawatan Abdul Hadi perlu dinilai berdasarkan manfaat yang diperoleh kepada negara.

“Selepas (Abdul Hadi) pergi itu, apa hasilnya. Kalau ada memberi manfaat, berbaloilah. Tetapi kalau dia pergi semata-mata untuk tunjuk glamor, memang membazir. Namun, kalau ada hasilnya, alhamdulillah. Saya tengok dari segi itu,” katanya.

Friday, 2 December 2016

Aleppo akan jadi kubur besar




AFP - PENDUDUK di timur Aleppo meninggalkan kediaman masing-masing untuk mencari tempat selamat kelmarin.


ALEPPO – Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa Aleppo akan menjadi tanah perkuburan besar selepas lebih 50,000 penduduknya dilaporkan melarikan diri daripada pertempuran antara tentera kerajaan dan kumpulan pemberontak.
Majlis Keselamatan me­ngadakan sidang tergempar berhubung pertempuran tersebut di New York kelmarin.
Bercakap pada sidang tergempar tersebut melalui panggilan video dari London, Ketua Kemanusiaan PBB, Stephen O’Brien merayu tindakan segera diambil untuk menghentikan pertempuran di Aleppo.
“Atas dasar kemanusiaan, kami merayu pihak-pihak terlibat dan mereka yang berpengaruh supaya melakukan apa sahaja yang terdaya untuk melindungi orang awam dengan membuka laluan ke timur Aleppo sebelum kawasan itu menjadi tanah perkuburan besar,” katanya.
Desakan serupa dibuat oleh pemimpin kumpulan penentang Syria, Brita Hagi Hassan semasa lawatannya ke Paris juga kelmarin.
Beliau menggesa laluan selamat dibuka bagi memboleh­kan penduduk awam segera meninggalkan Aleppo.
Kegagalan untuk bertindak, katanya, akan menyebabkan PBB dipersalahkan atas kematian 250,000 penduduk di timur Aleppo yang digempur tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad.
“Biarkan orang awam ini keluar, lindungi mereka, sediakan laluan selamat untuk mereka,” kata Brita selepas menemui Menteri Luar Perancis, Jean-Marc Ayrault.
Tentera Bashar dan sekutunya yang dibantu serangan udara Rusia berjaya me­rampas kira-kira 40 peratus kawasan yang dikuasai kumpulan penentang di timur Aleppo sejak melancarkan operasi besar-besaran untuk menawan semula bandar itu dua minggu lalu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4RgBmoq7K 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, 29 November 2016

Paip kena bom, 650,000 warga Mosul putus bekalan air

SELASA, 29 NOVEMBER 2016 @ 11:37 PM

Wanita Iraq memikul kotak mengandungi bekalan makanan, diedarkan oleh kementerian Iraq, di kawasan tengah Mosul. - Foto AFP

MOSUL: Kira-kira 650,000 penduduk di bandar ini putus bekalan air selepas saluran paip pecah akibat terkena bom ketika pertempuran antara tentera kerajaan dan militan Daesh, lapor pihak berkuasa tempatan hari ini. "Pasukan penyelenggaraan tidak dapat memasuki kawasan paip itu kerana ia berada di kawasan bergolak," kata Hussam al-Abar, ahli majlis daerah Nineveh, antara 15 daerah di pinggir bandar Mosul. "Kami sedang menghadapi malapetaka kemanusiaan," katanya. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/218212

Saturday, 26 November 2016

Iran tahan tiga pegawai susulan perlanggaran dua kereta api


26 November 2016 9:19 PM
GAMBAR fail yang diambil oleh agensi berita Tasnim semalam ini


GAMBAR fail yang diambil oleh agensi berita Tasnim semalam ini menunjukkan keadaan dua buah kereta api yang berlanggar di wilayah Semnan, kira-kira 250 kilometer dari Tehran, ibu negara Iran hingga menyebabkan berpuluh-puluh nyawa terkorban. -AFP
TEHRAN 26 Nov. - Pihak berkuasa Iran menahan tiga orang pegawai kereta api selepas insiden perlanggaran dua kenderaan lokomotif itu hingga menyebabkan lebih 40 orang penumpang terbunuh semalam, kata agensi berita IRNA hari ini.

Penahanan ketiga-tiga pegawai yang bertugas di pusat kawalan timur laut di bandar Shahroud itu disahkan oleh ketua pendakwa raya wilayah, Heydar Asiabi.

Selain menyebabkan berpuluh-puluh mangsa terkorban, insiden terburuk melibatkan kereta api yang berlaku di Semnan, utara Iran itu turut menyebabkan berbelas-belas penumpang yang lain cedera. -AFP

Friday, 25 November 2016

31 maut nahas kereta api di Iran



FOTO Reuters


Agensi
am@hmetro.com.my


Tehran: Sekurang-sekurangnya 31 terbunuh manakala 60 lagi cedera dalam nahas kereta api, lapor media Iran, hari ini.

Stesen TV melaporkan, nahas berlaku apabila kereta api yang sedang bergerak merempuh kereta api yang berhenti berhampiran stesen, kira-kira 250 kilometer timur Tehran.

Laporan mendakwa, empat daripada lapan yang terbunuh di lokasi nahas adalah pekerja kereta api yang berada dalam kedua-dua kereta api itu.

TV itu juga melaporkan empat gerabak tergelincir dan terbakar. Stesen TV berkenaan juga menunjukkan rakaman pasukan penyelamat bekerja di tepi gerabak yang terbakar.

Kesemua mangsa dibawa ke hospital berdekatan.

Gabenor Mohammad Reza Khabbaz memberitahu stesen TV bahawa punca nahas masih dalam siasatan berikutan kereta api yang berhenti itu bukan dalam kawasan stesen tetapi di landasan utama.

Ketua Palang Merah Iran, Ali Asghar Ahmadi, pula memberitahu angka kematian mungin meningkat.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 November 2016 @ 7:16 PM

70 maut angkara pengebom bunuh diri di Iraq

JUMAAT, 25 NOVEMBER 2016 @ 7:14 AM

Orang ramai berkumpul di tapak letupan pengebom berani mati di sebuah stesen minyak di bandar al-Hilla, Baghdad. - Foto REUTERS

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 70 orang maut dan 10 lagi cedera apabila seorang pengebom bunuh diri meletupkan kereta di sebuah stesen minyak di bandar al-Hilla, yang terletak 100 kilometer dari selatan Baghdad, pada Khamis. Serangan berlaku di stesen minyak yang bersebelahan dengan restoran yang digunakan pengikut Syiah, termasuk dari Bahrain untuk berehat ketika dalam perjalanan balik dari Arbaeen, di Karbala. Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu mendakwa jumlah kematian lebih 80 orang. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/216567

Thursday, 24 November 2016

SAR Iran 
giat kesan 
dua pendaki Malaysia


24 November 2016 12:44 AM
 
KUALA LUMPUR 23 Nov. – 
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Iran kini giat menjalankan misi mengesan dua pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang di Gunung Damavand di negara itu sejak Isnin lalu.

Ketua ekspedisi pendakian tersebut, Rozaimi Md. Said berkata, dua pendaki berkenaan, Ramli Abdul Majid (gambar), 44, dan Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, masih gagal dikesan selepas terpisah daripada ahli kumpulan lain ketika mahu meneruskan pendakian ke puncak.

“Pihak kedutaan Malaysia di Iran turut sama memantau dan sebarang perkembangan lanjut mengenai status mereka akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya yang berada di Iran kepada Utusan Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Menurutnya, seramai 12 pendaki memulakan ekspedisi pada hari itu dan lapan daripadanya cuba mendaki ke puncak dari Kem 3 yang berada pada ketinggian 4,200 meter dari aras laut.

“Ketika itu cuaca agak baik namun enam pendaki turun semula ke Kem 3 antara pukul 12 tengah hari dan 2 petang setelah mendaki sehingga ke paras 5,100 meter atas faktor kesuntukan waktu untuk tiba ke puncak.

“Bagaimanapun Ramli dan Syed Redzuan membuat keputusan untuk menyertai pergerakan seorang pendaki Turki walaupun pada ketika itu mereka dinasihatkan turun semula ke Kem 3,” katanya.

Keadaan panik di Mosul apabila penduduk cuba berpindah

KHAMIS, 24 NOVEMBER 2016 @ 9:33 PM

ANTARA keluarga pelarian Iraq yang bersedia menaiki bas meninggalkan Mosul selepas pertempuran berlaku di antara pasukan tentera Iraq dengan militan Daesh. - Foto AFP   


MOSUL: Angka penduduk yang cuba meninggalkan bandar ini naik mendadak saban hari ketika pasukan tentera Iraq semakin mara ke segenap pelusuk bandar kedua terbesar Iraq itu, memaksa militan Daesh menggunakan mereka sebagai perisai manusia untuk melepaskan diri. Baru-baru ini sekumpulan lelaki, wanita dan kanak-kanak yang cuba meninggalkan bandar itu dalam keadaan cedera dan cemas diarah tentera supaya kembali semula kerana bimbang pengebom bunuh diri berlindung dalam kalangan mereka. Bandar ini yang jatuh ke tangan Daesh pada musim panas 2014 lalu, masih menjadi kediaman kepada lebih sejuta orang. Bimbang dengan berlakunya penghijrahan besar-besaran, pihak berkuasa menggesa penduduk kekal di rumah mereka. Namun kehadiran orang awam menjadi menghalang kepada tentera Iraq yang disokong AS daripada menggunakan kekerasan, sekali gus memperlahankan kemaraan mereka dan memanjangkan penderitaan di bandar itu. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, sekurang-kurangnya 68,000 orang melarikan diri daripada pertempuran di bandar itu termasuk 8,300 sejak empat hari lalu. Hingga kini, hampir semua pertempuran berlaku di timur tebing Sungai Tigris. Sementara itu, jurucakap satu daripada beberapa puak militia Syiah berkata, mereka berjaya menawan sebuah jalan ke barat laut bandar itu yang menghubungkan Raqqa, ibu kotanya dan juga kubu kuat kerajaan khalifah yang cuba dibentuk Daesh. "Kami berjaya menyekat laluan ke Tal Afar dari Mosul dan kami memutuskan hubungan ke Mosul dari Syria," kata jurucakap Briged Hezbollah, Jaafar al-Husseini. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/216452

Wednesday, 23 November 2016

Lebih 1,000 warga Iran terbunuh di Syria

RABU, 23 NOVEMBER 2016 @ 12:52 AM



TEHRAN: Lebih daripada 1,000 warga yang dihantar Iran untuk menyokong rejim Presiden Syria Bashar al-Assad terbunuh dalam konflik di negara itu, kata Ketua Pejabat Hal Ehwal Veteran Iran pada Selasa. "Seramai 1,000 orang mati syahid dari negara ini mempertahankan tempat suci," kata Ketua Yayasan Hal Ehwal Syahid dan Veteran Iran, Mohammad Ali Shahidi Mahalati, yang dipetik agensi berita Tasnim. Iran turut menghantar penasihat tentera dan pejuang yang dilatih dari Afghanistan dan Pakistan untuk membantu tentera Assad. Mereka dikenali di Iran sebagai 'pembela tempat suci' merujuk kepada tempat suci Syiah di Syria. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/215794

Tuesday, 22 November 2016

27 korban serangan berani mati



PENDUDUK mengusung mayat seorang lelaki di sebuah hospital selepas serangan di masjid Syiah itu. - AP



Agensi
Kabul: Kira-kira 27 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera apabila seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di sebuah masjid Syiah yang sesak di sini, semalam.

Penyerang memasuki Masjid Baqir ul-Ulum ketika satu majlis berlangsung, menurut kenyataan Kementerian Luar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kabul, Fraidoon
Obaidi, berkata, angka kematian mungkin meningkat.

“Saya melihat orang meraung dan berlumuran darah,” kata seorang lelaki yang terselamat kepada stesen televisyen Ariana.

Menurutnya, semua mayat dan mangsa yang cedera dibawa keluar dari masjid berkenaan sebelum pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian.

Sehingga malam tadi, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Taliban yang berusaha kembali berkuasa selepas digulingkan pada 2001 menafikan mereka terbabit dalam serangan itu.

“Kami tidak menyerang masjid kerana itu bukan agenda kami,” kata jurucakap kumpulan itu, Zabihullah Mujahid.

Sengketa berdarah antara Sunni dan Syiah amat jarang berlaku di Afghanistan.

Bagaimanapun, serangan baru itu menggambarkan satu lagi sengketa yang mungkin tercetus dengan ketegangan etnik semakin buruk di negara itu.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2016 @ 9:17 AM

Monday, 21 November 2016

Syria tolak gencatan senjata tajaan PBB

ISNIN, 21 NOVEMBER 2016 @ 8:50 AM

Menteri Luar Syria, Walid al-Moallem. - Foto AFP


BEIRUT: Kerajaan Syria menolak cadangan terbaru wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi gencatan senjata di Aleppo pada Ahad. Ia sebaliknya menggesa pemisah berundur dan menegaskan tidak akan memberikan kuasa autonomi kepada wilayah timur yang dikuasai pembangkang sebagai balasan tidak melancarkan serangan. Menteri Luar Syria, Walid al-Moallem, berkata mengembalikan kekuasaan kerajaan adalah perkara berkaitan kedaulatan negara dan Damsyik tidak akan membenarkan penduduk di timur Aleppo menjadi tebusan kepada 6,000 penyerang. "Kami bersetuju mengenai perlunya pemisah berundur dari timur Aleppo bagi menamatkan penderitaan orang awam di bandar raya itu," katanya. Beliau bercakap selepas pertemuan dengan wakil PBB, Staffan de Mistura, yang menyedari wujud perselisihan besar dengan al-Moallem dan berkata adalah sesuatu yang kreatif jika penyelesaian sementara diperlukan untuk menghentikan keganasan. "Kami cuma mencadangkan supaya tidak ada perubahan mendadak radikal dalam pentadbiran di Aleppo sehingga ada penyelesaian politik," katanya. Beliau memberi amaran dalam temubual baru-baru ini dengan akhbar The Guardian di Britain bahawa kerajaan mengejar 'kemenangan yang memakan terlalu banyak korban' di Aleppo jika ia tidak mencapai persetujuan politik dengan pembangkang. Beliau memberi amaran pendekatan ketenteraan akan menyebabkan lebih ramai pemisah berhaluan sederhana menyertai militan Daesh. Sekurang-kurangnya 172 penduduk awam maut sejak kerajaan melancarkan semula serangan di wilayah itu enam hari lalu, menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR). PBB menganggarkan 275,000 penduduk terperangkap di timur Aleppo. Pada Sabtu, kerajaan memusnahkan atau merosakkan semua hospital di situ, menurut Persatuan Perubatan Amerika Syria, yang membantu hospital di negara itu. Kerajaan menafikan ia menyerang hospital. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/215172

27 maut serangan bom di masjid Syiah di Kabul

DUNIA ISNIN, 21 NOVEMBER 2016 @ 9:11 PM


KESAN selepas serangan nekad di masjid Syiah, di Kabul. - Foto EPA KABUL: Sekurang-kurangnya 27 orang maut manakala 35 lain cedera dalam serangan nekad di masjid Syiah, di sini, menurut pihak berkuasa. Pegawai kanan polis, Fridon Obaidi, berkata penyerang berkenaan berada bersama penganut Syiah di masjid itu ketika dia meletupkan bom dibawanya. Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqqi, berkata serangan berlaku pada jam 12.30 tengah hari waktu tempatan (0800GMT). Polis bertindak mengepung kawasan sekitar masjid Baqirul Olum yang terletak di barat ibu kota Afghanistan, ketika ambulans bergegas ke tempat kejadian. "Saya terdengar letupan dan debu menutupi seluruh masjid. Tidak lama kemudian saya melihat masjid penuh dengan cebisan daging dan darah. "Saya sendiri cedera di pinggang dan terpaksa merangkak keluar dari masjid," kata seorang mangsa, Nadir Ali. Seorang lagi mangsa, Ali Jan, berkata dia berada dalam masjid ketika letupan berlaku. "Saya terdengar bunyi letupan dan tingkap pecah. Saya tidak tahu apa yang berlaku namun bergegas keluar," katanya. Sementara itu, Presiden Afghanistan Ashraf Ghani, dalam sayu kenyataan, mengutuk serangan kejam itu. Lazimnya, masjid di Kabul tiada kawalan keselamatan walaupun polis dapat dilihat meronda beberapa masjid ketika solat Jumaat. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/215408

2 maut serangan bom kereta di Benghazi

ISNIN, 21 NOVEMBER 2016 @ 9:56 PM



BENGHAZI, Libya: Sekurang-kurangnya dua terbunuh dan 17 yang lain cedera dalam serangan bom kereta di Benghazi, menurut pegawai perubatan Libya. Ketua Unit Bantuan Hospital Jalaa, Mohammed Zwai, berkata kereta yang dipenuhi bahan letupan itu diletupkan berhampiran kawasan parkir hospital. Serangan itu adalah serangan ketiga menyasarkan hospital tahun ini. Zwai berkata, angka kematian dijangka meningkat kerana beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal. Benghazi, bandar kedua terbesar Libya, menjadi medan pertempuran lebih daripada dua tahun antara tentera setia kepada Komander Tentera Khalifa Hifter dan beberapa kumpulan militan termasuk Daesh. Minggu lalu, tentera Hifter diusir kumpulan militan daripada kubu kuat mereka di bandar itu tetapi pertempuran masih berterusan di kawasan lain. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/215419