Saturday 24 December 2016

Ada pro, kontra Abdul Hadi ke Iran

IBRAHIM ALI
 IBRAHIM ALI
24 Disember 2016 12:14 AM


KUALA LUMPUR 23 Dis. – Pre­siden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyifatkan lawatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Iran untuk menghadiri satu persidangan baru-baru ini mempunyai kesan baik dan buruk.

Ibrahim berkata, persidangan yang dihadiri Abdul Hadi itu adalah sebuah program perbandingan antara agama yang dihadiri tokoh agama Islam termasuk daripada golongan fahaman Islam Sunni dan Syiah.

“Daripada segi inte­raksi persidangan itu adalah untuk mereka bertukar pendapat, ber­debat dan berdialog ten­tang isu berkaitan kepentingan umat Islam, dan saya tengok ada baiknya dalam aspek itu.

“Namun, ada pihak melihat, oleh kerana Iran menjadi tuan rumah, pe­nyertaan (Abdul Hadi) itu memberi gambaran seolah-olah kita merestui tindak tanduk Iran di Aleppo,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan Senarai Jawatankuasa Perkasa Malaysia Peringkat Pusat Penggal 2016-2019 di sini hari ini.

Sementara itu, Ibrahim turut menyifatkan lawatan Abdul Hadi perlu dinilai berdasarkan manfaat yang diperoleh kepada negara.

“Selepas (Abdul Hadi) pergi itu, apa hasilnya. Kalau ada memberi manfaat, berbaloilah. Tetapi kalau dia pergi semata-mata untuk tunjuk glamor, memang membazir. Namun, kalau ada hasilnya, alhamdulillah. Saya tengok dari segi itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment