Wednesday 7 September 2016

Negara Teluk dakwa Iran cuba politikkan haji

 1 0 0 1


 | September 7, 2016
Ia ekoran surat terbuka pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei yang menuduh Arab Saudi gagal menjaga keselamatan jemaah dan menggesa negara Islam lain untuk menggugurkan hak negara itu untuk menguruskannya.
Gulf-states1
RIYADH: Kerjasama Negara Teluk (GCC) yang dianggotai 6 negara Timur Tengah membidas Iran yang menurutnya cuba mempolitikkan ibadah haji.
Ia ekoran surat terbuka pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei terhadap Arab Saudi Isnin lalu, yang menuduh negara itu gagal menjaga keselamatan jemaah haji dan menggesa negara Islam lain untuk menggugurkan hak mereka untuk menguruskan ibadah tahunan umat Islam itu.
Ketua GCC Abdulatif al-Zayani menyifatkan kenyataan Khamenei yang menuduh Arab Saudi “membunuh” kira-kira 2,300 jemaah ketika musim haji tahun lalu sebagai “tidak wajar” serta “hasutan dan cubaan terdesak mempolitikkan” haji.
Beliau berkata, negara Teluk “menolak kempen media berat sebelah dan pengisytiharan oleh pemimpin kanan Iran terhadap kerajaan Saudi”.
“Tuduhan seumpama itu tidak sesuai sama sekali dengan nilai Islam yang menganjurkan persaudaraan, belas ihsan dan kasih sayang,” katanya lagi.
Buat kali pertama untuk tempoh 3 dekad, warga Iran tidak dapat menyertai musim haji tahun ini selepas kedua-dua negara gagal mencapai kata sepakat dalam hal keselamatan dan logistik ketika perbincangan Mei lalu.
Perang mulut antara dua negara yang tidak memiliki hubungan diplomasi itu kian memuncak menjelang bermulanya musim haji 3 September lalu.
“(Langkah) ragu-ragu dn kegagalan menyelamatkan mereka yang cedera dan nyawa-nyawa ikan…juga jelas dan tidak dapat disangkal lagi. Mereka (Arab Saudi) membunuh mereka,” kata Khamenei dalam surat terbuka itu.
Mufti Besar Arab Saudi Abdulaziz al-Sheikh membalasnya dengan berkata orang Iran “bukan beragama Islam.”
Ekoran kenyataan itu, Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif mendakwa pemimpin Arab Saudi sebagai “pentaksub ekstrem”.

No comments:

Post a Comment