Saturday 10 September 2016

13 maut dua letupan di Baghdad

SABTU, 10 SEPTEMBER 2016 @ 4:56 PM

LOKASI letupan pengebom bunuh diri di luar Gedung Nakheel di Jalan Palestin. - Foto Reuters

BAGHDAD: Dua letupan bom di luar sebuah pusat beli-belah di Baghdad, hari ini, mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang dan mencederakan lebih 30 mangsa. Menurut pegawai perubatan dan keselamatan, letupan itu adalah insiden terbaharu daripada beberapa serangan berdarah di pusat beli-belah di Baghdad, tahun ini, termasuk satu serangan mengorbankan lebih 300 orang, awal Julai lalu. Seorang kolonel polis berkata, satu letupan berlaku pada sebuah kereta yang diletakkan di tempat parkir dan satu lagi daripada kenderaan penuh dengan bahan letupan dipandu seorang pengebom bunuh diri di luar Gedung Nakheel di Jalan Palestin, di pusat bandar. Dua letupan itu yang tercetus sebaik sebelum tengah malam, memecahkan cermin pusat beli-belah bertingkat terbabit dan merosakkan pagar di sekelilingnya. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/191581

No comments:

Post a Comment