Friday 2 September 2016

Letupan gegarkan Baghdad




ASAP tebal memenuhi ruang angkasa di timur Baghdad selepas letupan. - AFP

AP
Baghdad: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh apabila letupan, termasuk sebuah setor simpanan senjata, menggegarkan kejiranan di kawasan timur laut bandar raya ini.

Sehingga malam tadi, punca kejadian, sama ada letupan itu berlaku kerana kemalangan atau akibat diserang, tidak jelas.

Letupan pertama berlaku di setor simpanan senjata di kejiranan Obeidi di pinggir Baghdad.

Setor berkenaan milik kumpulan separa tentera Hashed al-Shaabi, militia Syiah yang disokong Iran.

Beberapa letupan kemudian dilaporkan berlaku di sekitar kejiranan timur laut Baghdad.

Seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri berkata, kejadian berpunca daripada roket, tetapi tidak jelas sama ada roket itu ditembak dari luar pangkalan atau meletup akibat kebakaran di setor senjata itu.

Polis dan pegawai perubatan berkata, sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 16 cedera dalam kejadian itu.

Ia berlaku ketika puluhan ribu penganut Syiah dari seluruh Iraq dan luar negara berkumpul di makam Kadhimiyah di Baghdad untuk memperingati kematian imam Syiah kesembilan, Mohammed al-Jawad. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 September 2016 @ 5:03 AM

No comments:

Post a Comment