Tuesday 6 September 2016

7 maut letupan bom kereta di Baghdad

SELASA, 6 SEPTEMBER 2016 @ 9:57 AM



LETUPAN bom kereta berhampiran hospital di tengah ibu kota Iraq lewat Isnin. - Foto AFP

BAGHDAD: Letupan bom kereta berhampiran hospital di tengah ibu kota Iraq lewat Isnin menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh maut.

Kejadian juga berhampiran lokasi pengeboman Julai lalu yang mengorbankan lebih 300 orang, dalam serangan bom tunggal terburuk yang pernah melanda Baghdad.

Van dipenuhi bahan letupan meletup di kawasan kejiranan Karrada sejurus sebelum tengah malam, menyebabkan beberapa kedai berhampiran terbakar.

Seorang pegawai polis berpangkat kolonel melaporkan pada awalnya tujuh terbunuh dan sekurang-kurangnya 15 cedera dalam kejadian berhampiran hospital Abdel Majid itu.

Angka itu kemudian disahkan sumber Kementerian Dalam Negeri. Masih tiada pihak mendakwa bertanggungjawab di atas pengeboman itu tetapi semua serangan seumpama itu baru-baru ini didakwa dilancarkan IS. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190181

No comments:

Post a Comment