Sunday 20 December 2015

Iraq pilih ratu cantik pertama sejak 1972

AHAD, 20 DISEMBER 2015 @ 10:24 AM

 SHAYMAA diumumkan sebagai Ratu Iraq. - Foto AFP

BAGHDAD: Shaymaa Abdelrahman diumumkan sebagai Ratu Iraq dalam pertandingan tanpa dicemari alkohol dan tiada acara baju renang yang pertama diadakan dalam empat dekad. Gadis tinggi lampai bermata hijau berusia 20 tahun itu berasal dari bandar raya Kirkuk yang dihuni pelbagai etnik. "Sebahagian orang berasakan kami tidak mencintai kehidupan," kata seorang penganjur, Humam al-Obeidi, ketika orang ramai melimpah keluar dari dewan hotel di Baghdad, lokasi pertandingan diadakan. Keputusan memilih Shaymaa popular dalam kalangan hadirin hadir, terutama di barisan belakang yang menyaksikan lelaki muda berjanggut dan memakai blazer ketat berdiri di atas kerusi menjeritkan namanya. "Saya gembira melihat Iraq maju. Acara itu amat besar dan memberikan senyuman pada wajah penduduk negara ini," kata Shaymaa ketika cuba menghindari peminat yang berkerumun dengan harapan dapat ber'selfie' dengan ratu baru itu. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/106716

No comments:

Post a Comment