Wednesday 9 December 2015

Iraq mahu tentera Turki beredar

8 DISEMBER 2015


BAGHDAD - IRAQ . Iraq memberi tempoh 48 jam kepada askar Turki untuk meninggalkan negara itu atau berdepan tindakan tegas termasuk bantuan dari Majlis Keselamatan.
Baghdad yang sedang berusaha memelihara kedaulatan negara itu termasuk menerima bantuan asing bagi memerangi kumpulan militan IS mendakwa askar Turki dengan kereta kebal dan artileri memasuki Iraq secara haram.
“Jika askar Turki tidak keluar dalam tempoh 48 jam, Iraq terpaksa menggunakan apa saja tindakan yang diperlukan,” kata Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi.
Turki dilaporkan mempunyai pangkalan tentera di Wilayah Nineveh untuk melatih tentera sukarelawan Iraq bagi menawan semula Bandar Mosul daripada IS yang mengambil alih sejak Jun 2014.
Sementara itu, Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu berkata pihaknya mempunyai tanggungjawab untuk melindungi tentera Turki yang dihantar ke Mosul.
"Haider sebelum ini berulang kali meminta Turki supaya bertindak lebih agresif dalam usaha memerangi IS.
"Kehadiran tentera Turki di Iraq adalah bagi memenuhi permintaan daripada Baghdad," katanya. - Press TV

No comments:

Post a Comment