Tuesday 20 October 2015

Tembak mati 5 pengikut Syiah


Riyadh: Seorang lelaki bersenjata menembak mati lima orang di perhimpunan Syiah di timur Arab Saudi, lewat kelmarin sebelum ditembak mati polis dalam serangan dikaitkan dengan militan Negara Islam (IS).

Ia kejadian serangan terbaru dikaitkan dengan kumpulan militan itu di Arab Saudi sepanjang tahun ini.


Kejadian di Qatif itu berlaku dua hari selepas orang Syiah memulakan upacara sempena hari Asyura yang dianggap suci dalam kalangan mereka.

Jurucakap kementerian dalam negeri berkata: “Lima terbunuh termasuk seorang wanita. Kejadian berlaku jam 7 malam (waktu tempatan) selepas suspek membawa senjata automatik melepaskan tembakan rambang di dewan Syiah digunakan untuk keraian di Qatif.”

Katanya, suspek terbunuh apabila polis melepaskan tembakan balas. Kejadian masih disiasat.

Televisyen kebangsaan melaporkan penembak berkenaan berusia 20 tahun. Kumpulan menggelar dirinya Islamic State-Bahrain State mengeluarkan kenyataan mengatakan ‘askarnya’ Shughaa al-Dosari melakukan serangan itu.

Pada sambutan Asyura tahun lalu, lelaki bersenjata menembak tujuh pengikut Syiah termasuk kanak-kanak di Al-Dalwa. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2015 @ 8:10 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85992#sthash.syRb0pMx.dpuf

No comments:

Post a Comment