Saturday 24 October 2015

Serangan sasar Syiah, 1 mati


Dhaka: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan hampir 80 cedera dalam satu serangan bom yang menyasarkan penganut Syiah di sini, semalam.

Polis berkata, serangan berlaku ketika ribuan penganut Syiah berkumpul untuk mengadakan perarakan Hari Asyura.

Ini kejadian pertama masyarakat Syiah negara itu menjadi sasaran dan berlaku beberapa minggu selepas seorang pekerja bantuan dan seorang petani Jepun ditembak mati dalam serangan yang didakwa dilakukan kumpulan Negara Islam (IS).

Pegawai berkata, seorang budak lelaki berusia 14 tahun mati di tempat kejadian selepas tiga bom kecil dilontar ke kompleks Hossaini Dalan, tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat Syiah Bangladesh.

“Kira-kira 20,000 orang berada di sekitar kompleks itu, bersiap sedia untuk melakukan perarakan Hari Asyura apabila bom berkenaan dilontar,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Dhaka Mofiz Uddin Ahmed. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2015 @ 5:07 AM

SEBAHAGIAN penganut Syiah yang cedera dalam serangan bom, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87958#sthash.ZJU384Dc.dpuf

No comments:

Post a Comment