Thursday 15 October 2015

Cathay Pacific ubah haluan, elak zon misil


HONG KONG – Penerbangan milik Hong Kong, Cathay Pacific menukar laluan penerbangannya menjauhi Iran dan Laut Caspian selepas Rusia meningkatkan serangan peluru berpandunya terhadap kumpulan militan Islamic State di Syria.
Cathay Pacific membuat keputusan susulan nasihat Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah pada minggu lalu bahawa peluru-peluru berpandu itu berisiko membahayakan nyawa penumpang, lapor akhbar South China Morning Post.
“Selepas mengambil kira situasi di rantau itu, Cathay Pacific membatalkan semua penerbangan menyeberangi Iran dan Laut Caspian sejak Khamis lalu sehingga diberitahu kelak.
“Kami akan terus memantau dan meneliti situasi berkenaan pada setiap hari,” kata seorang jurucakapnya kepada akhbar itu.
Menurut jurucakap sama, Penerbangan CX293 dan CX292 yang berulang alik dari Rom kini menggunakan laluan di utara China.
Selain Cathay Pacific, syarikat penerbangan Perancis, Air France turut mengambil langkah serupa.
Perkembangan itu berlaku ketika pasukan penyiasat Belanda mengumumkan laporan terakhir siasatan insiden Penerbangan Malaysia MH17 yang ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine pada tahun lalu.
Pasukan penyiasat itu mendapati sebuah peluru berpandu darat ke udara BUK buatan Rusia digunakan untuk menembak jatuh MH17 yang menyebabkan semua 298 orang di dalam pesawat Boeing 777-200 itu terbunuh. – dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1015&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3ohYKPywm 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment