Tuesday, 6 September 2016

7 maut letupan bom kereta di Baghdad

SELASA, 6 SEPTEMBER 2016 @ 9:57 AM



LETUPAN bom kereta berhampiran hospital di tengah ibu kota Iraq lewat Isnin. - Foto AFP

BAGHDAD: Letupan bom kereta berhampiran hospital di tengah ibu kota Iraq lewat Isnin menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh maut.

Kejadian juga berhampiran lokasi pengeboman Julai lalu yang mengorbankan lebih 300 orang, dalam serangan bom tunggal terburuk yang pernah melanda Baghdad.

Van dipenuhi bahan letupan meletup di kawasan kejiranan Karrada sejurus sebelum tengah malam, menyebabkan beberapa kedai berhampiran terbakar.

Seorang pegawai polis berpangkat kolonel melaporkan pada awalnya tujuh terbunuh dan sekurang-kurangnya 15 cedera dalam kejadian berhampiran hospital Abdel Majid itu.

Angka itu kemudian disahkan sumber Kementerian Dalam Negeri. Masih tiada pihak mendakwa bertanggungjawab di atas pengeboman itu tetapi semua serangan seumpama itu baru-baru ini didakwa dilancarkan IS. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190181

Monday, 5 September 2016

Iran-Britain lantik duta baharu sejak 2011


06 September 2016 12:28 AM



TEHRAN 5 Sept. - Iran dan Britain melantik duta baharu masing-masing di kedua-dua negara buat kali pertama sejak perusuh menceroboh kedutaan British di ibu negara pada 2011.
Agensi berita tempatan ISNA melaporkan, Hamid Baeidinejad, 53, dinamakan sebagai duta Tehran ke London.
Hamed sebelum ini pernah memainkan peranan penting dalam rundingan dengan kuasa besar dunia yang membawa kepada perjanjian nuklear tahun lepas dan mengangkat sekatan antarabangsa.
Sementara itu, Britain melantik Nicholas Hopton sebagai duta pertama mereka di Iran sejak hubungan antara kedua negara terputus ekoran insiden lima tahun lalu itu.
“Saya harap ini akan menandakan permulaan kerjasama yang lebih produktif antara kedua-dua negara, membolehkan kami untuk membincangkan secara langsung isu-isu seperti hak asasi manusia dan peranan Iran di rantau ini serta pelaksanaan berterusan berkaitan perjanjian nuklear dan hubungan perdagangan antara Britain dan Iran,” kata Setiausaha Luar Britain, Boris Johson dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/iran-britain-lantik-duta-baharu-sejak-2011-1.379162#sthash.e0qeZYsQ.dpuf

syiah pembunuh



Miny Masri, balita 1th ini ditembak bahu kanannya oleh sniper syiah Assad di kota halab(Aleppo)!!!
Hasbunallaahu wa ni'mal wakiil..

Friday, 2 September 2016

Letupan gegarkan Baghdad




ASAP tebal memenuhi ruang angkasa di timur Baghdad selepas letupan. - AFP

AP
Baghdad: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh apabila letupan, termasuk sebuah setor simpanan senjata, menggegarkan kejiranan di kawasan timur laut bandar raya ini.

Sehingga malam tadi, punca kejadian, sama ada letupan itu berlaku kerana kemalangan atau akibat diserang, tidak jelas.

Letupan pertama berlaku di setor simpanan senjata di kejiranan Obeidi di pinggir Baghdad.

Setor berkenaan milik kumpulan separa tentera Hashed al-Shaabi, militia Syiah yang disokong Iran.

Beberapa letupan kemudian dilaporkan berlaku di sekitar kejiranan timur laut Baghdad.

Seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri berkata, kejadian berpunca daripada roket, tetapi tidak jelas sama ada roket itu ditembak dari luar pangkalan atau meletup akibat kebakaran di setor senjata itu.

Polis dan pegawai perubatan berkata, sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 16 cedera dalam kejadian itu.

Ia berlaku ketika puluhan ribu penganut Syiah dari seluruh Iraq dan luar negara berkumpul di makam Kadhimiyah di Baghdad untuk memperingati kematian imam Syiah kesembilan, Mohammed al-Jawad. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 September 2016 @ 5:03 AM

Thursday, 1 September 2016

Jenderal Iran Tewas saat Bertempur di Suriah Utara



 Thursday, September 01, 2016


HALAB - Seorang pensiunan jenderal Iran tewas dalam pertempuran dengan militan Islamic State (ISIS/IS) di Aleppo, Suriah utara.

Media Iran melaporkan Jenderal Ahmad Gholami, yang pernah menjadi komandan senior Garda Revolusi saat perang Iran-Irak pada 1980-an. Ia dilaporkan tewas pada Selasa lalu, "Saat memerangi teroris takfiri di Aleppo, Suriah,” bunyi berita kantor berita "plat merah" Iran, FARS.

Iran menggunakan istilah takfiri untuk menggambarkan para musuh di Suriah. Fars menyatakan Gholami pergi ke Irak dan Suriah dengan "sukarela" untuk memerangi Islamic State (ISIS).

Iran merupakan salah satu sekutu dekat rezim Presiden Suriah Bashar al-Assad, namun berulang kali membantah pasukan khususnya terlibat secara aktif dalam perang sipil Suriah.

Alih-alih Iran mengklaim menurunkan komandan dan jenderalnya ke Suriah untuk bertindak sebagai “penasihat militer”. Meski begitu, Iran diketahui memimpin pasukan milisi "sukarela" dalam jumlah besar, yang berasal baik dari Iran mau pun dari Afghanistan.

Iran tidak mempublikasikan jumlah warga negaranya yang tewas di Irak dan Suriah, tapi media Iran sebelumnya melaporkan bahwa “ratusan” penasihat militer dan sukarelawan Iran tewas dalam beberapa tahun terakhir.

Saturday, 27 August 2016

Menteri Pertahanan Iraq digugurkan



BAGHDAD 26 Ogos - Majoriti Ahli Parlimen Iraq semalam mengundi untuk menggugurkan Menteri Pertahanan Iraq, Khaled al-Obeidi daripada jawatannya.
Keputusan itu dibuat setelah mereka mempersoalkan penglibatan Obeidi awal bulan ini berkenaan dakwaan rasuah yang dinafikan olehnya sendiri.
Pemecatan beliau itu adalah perkembangan terbaharu dalam persengketaan yang tercetus pada awal bulan ini antara Obeidi dan Speaker Parlimen, Salim al-Juburi, seorang ahli politik tertinggi di negara ini.
Selain itu, Obedi juga merupakan sekutu Sunni kepada Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/menteri-pertahanan-iraq-digugurkan-1.374868#sthash.wCCASL0I.dpuf

Pemimpin Sunni dibunuh di Iran - Luar Negara - Utusan Online

Pemimpin Sunni dibunuh di Iran - Luar Negara - Utusan Online:





BEIRUT 26 Ogos - Pemimpin kumpulan militan Sunni di tenggara Iran yang bertanggungjawab terhadap serangan ke atas pasukan keselamatan dan orang awam telah dibunuh.
Menteri Perisikan Iran, Mahmoud Alavi berkata, pemimpin berkenaan yang dikenali Abu Hafs al Baloushi atau Hesham Azizi adalah ketua organisasi militan Ansar al-Furqan.
Namun tiada sebarang laporan lengkap diperoleh mengenai kematian Hesham Azizi. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pemimpin-sunni-dibunuh-di-iran-1.374874#sthash.aLKb6H5K.dpuf

'via Blog this'