Sunday 10 July 2016

Britain langgar undang-undang sertai Perang Iraq 2003


11 Julai 2016 12:06 AM





LONDON 10 Julai – Britain dipercayai melanggar undang-undang antarabangsa ketika membuat keputusan menyerang Iraq pada 2003, berikutan laporan kritikal berhubung keputusan tersebut, lapor bekas Timbalan Perdana Menteri Britain, John Prescott, hari ini.
Siasatan selama tujuh tahun yang berakhir Rabu lalu mendapati bahawa justifikasi, perancangan dan cara bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair mengendalikan Perang Iraq, membabitkan banyak kegagalan serta tidak mengesahkan sama ada perang tersebut mematuhi undang-undang.
Prescott ketika menulis di dalam akhbar Sunday Mirror berkata, beliau kini telah mengubah pandangannya dan mengkritik Blair kerana menghalang menteri-menterinya daripada membincangkan sepenuhnya mengenai prosedur perundangan yang sah berhubung perang tersebut.
“Pada 2004, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan berkata, oleh kerana perubahan rejim adalah matlamat utama Perang Iraq, keputusan itu adalah menyalahi undang-undang.
“Justeru, dengan penuh rasa sedih dan marah, saya kini percaya apa yang dikatakan Annan itu adalah betul. Saya kini terpaksa menerima kesan buruk atas apa yang telah berlaku itu sepanjang hidup saya,” tulis Prescott.
Ramai rakyat Britain mahu Blair dikenakan tindakan atas keputusannya membawa Britain menyertai Perang Iraq ketika itu, yang mengakibatkan sebanyak 179 tentera Britain terbunuh dan lebih 150,000 rakyat Iraq terkorban dalam perang yang berlangsung selama hampir enam tahun itu.
“Peguam Negara, Lord Goldsmith, secara lisan mengumumkan kepada Kabinet bahawa ia adalah mengikut undang-undang, tetapi tiada dokumen sokongan ditunjukkan.
“Semasa keputusan itu dibuat, ia jelas bertujuan untuk menyokong tindakan segera bagi kita untuk pergi berperang (di Iraq).” kata Prescott. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/britain-langgar-undang-undang-sertai-perang-iraq-2003-1.351805#sthash.NLY5fLAC.dpuf

No comments:

Post a Comment