Thursday 7 July 2016

20 maut serangan di masjid Baghdad

JUMAAT, 8 JULAI 2016 @ 7:28 AM 

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 20 maut manakala 50 lagi cedera dalam serangan ke atas sebuah masjid Syiah di utara Baghdad, demikian menurut sumber keselamatan Iraq hari ini. 

Serangan berkenaan membabitkan Majid Sayid Mohammed bin Ali al-Hadi, yang terletak di Balad, kira-kira 93 kilometer di utara Baghdad. 

Seorang pengebom nekad dilaporkan meletupkan kenderaan bersamanya di pintu masuk masjid disusuli tembakan beberapa lelaki bersenjata ke arah dalam masjid yang ketika itu jemaah sedang melakukan ibadat sempena Aidilfitri. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/172077

No comments:

Post a Comment