“Walaupun, Iran dan Barat telah melaksanakan perjanjian nuklear, kami secara kolektif memberi perhatian serius terhadap tingkah lalu Iran”, kata Obama semasa menghadiri penutup satu sidang kemuncak di ibu negara Arab Saudi, di sini bersama enam negara anggota Majlis Kerjasama Teluk.
Beliau merujuk kepada tindakan Iran, yang mengugat kestabilan di rantau ini, namun beliau berkata: “Tidak ada sebuah negara pun berminat untuk terlibat konflik bersama Iran.”
Hubungan Iran dan negara-negara Teluk yang berfahaman sunnah serta Washington menjadi tegang berikutan perbezaan pendapat.
Negara-negara Teluk bimbang terhadap tindakan Obama menjalin hubungan rapat dengan Iran, bimbang Teheran akan memainkan peranan yang lebih besar di rantau ini, selepas sekatan ke atas negara berfahaman syiah itu ditarik balik, setelah menandatangani perjanjian nuklear dengan negara-negara kuasa besar diketuai Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.
Arab Saudi dan negara-negara Teluk menuduh Iran cuba memperluaskan campur tangannya di rantau ini dengan menyokong kumpulan bertelagah dalam konflik di Yemen dan Syria. - AFP