Monday 4 April 2016

Lelaki Singapura didakwa eksport teknologi ke Iran

DUNIA SELASA, 5 APRIL 2016 @ 8:30 AM

LIM Yong Nam atau dikenali sebagai Steven Li.

 WASHINGTON: Seorang lelaki Singapura yang dituduh membantu mengeksport teknologi ke Iran yang ditemui dalam peranti letupan tidak diletupkan, diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk didakwa. Lim Yong Nam, juga dikenali sebagai Steven Lim, ditahan di Indonesia setahun setengah lalu. Pendakwa berkata, beliau akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan Washington, menyaksikan lelaki berusia 42 tahun itu didakwa pada 2010 atas tuduhan termasuk menyeludup, eksport haram dan membuat kenyataan palsu kepada kerajaan. Lim dan beberapa defendan lain didakwa membantu mengeksport ribuan modul frekuensi radio ke Iran pada 2007 dan 2008 yang dibeli daripada syarikat tidak dinamakan di Minnesota dan menipu kerajaan Amerika Syarikat dengan berkata Singapura adalah destinasi akhir barangan berkenaan. Realiti, kata pendakwa, modul itu dieksport ke Iran menerusi Singapura. Lim memberitahu pegawai Amerika, beliau tidak tahu mengenai had eksport negara itu ke Iran, walaupun pernah menghubungi seorang lagi defendan 'tidak kurang enam kali' untuk membincangkan larangan dan pendakwaan yang timbul daripada tindakan itu, menurut kertas pendakwaan. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/140608

No comments:

Post a Comment