Friday 29 April 2016

Lelaki Iran ditahan miliki pokok ganja


- Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki warga Iran berumur 33 tahun yang menanam lapan batang pokok disyaki ganja di sebuah kondominium di Cheras, Rabu lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, polis menahan suspek dalam serbuan pada 6.40 petang selepas mendapat maklumat daripada orang awam.
"Ini merupakan kes pertama dikenal pasti di ibu negara dan hasil pemeriksaan polis menemui pokok berdaun hijau pada ketinggian kira-kira 0.2 ke 1.3 meter di balkoni kediamannya.
"Hasil siasatan awal mendapati suspek merupakan pelajar jurusan Diploma Perubatan dari Iran yang menetap di negara ini selama dua tahun dan disyaki membawa masuk biji benih dari negaranya sejak tiga bulan lalu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPK) KL di sini, hari ini.
Beliau berkata, suspek ditahan reman selama dua hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 6 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.
Dalam serbuan berasingan di sebuah apartmen di Bukit Ceylon di sini, polis menahan dua lelaki warga tempatan serta seorang wanita warga Indonesia berumur lingkungan 24 hingga 25 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Ketiga-tiga suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar ibu negara sejak tiga bulan lepas.
"Dalam serbuan pada 5.30 petang itu, polis turut merampas lapan paket besar dan enam paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 3.37 kilogram.
"Selain itu, turut dirampas sepucuk pistol jenis CZ Rami P9C19 dan 40 butir peluru hidup dengan jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM430,000," katanya.
Berikutan itu, polis juga menyita wang tunai dan harta kesemua suspek yang dianggarkan bernilai RM599,000 serta tiga buah kereta mewah.
Beliau berkata, kesemua suspek tidak bekerja dan direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga Rabu depan.
Amar Singh berkata, dengan penahanan mereka pihaknya yakin telah berjaya  menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu yang beroperasi di Bukit Bintang.
Dalam sepanjang tahun ini (tempoh Januari hingga 28 April), 7,890 individu telah ditahan di sekitar Kuala Lumpur kerana terlibat kes dadah dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM9.27 juta. - Bernama

Wednesday 27 April 2016

Serangan bom kereta: 11 maut, 39 cedera di Iraq


BAGHDAD 25 April - Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh manakala 39 yang lain cedera dalam satu letupan bom kereta di wilayah yang dikuasai puak Syiah di timur Baghdad hari ini.
Menurut sumber keselamatan dan perubatan, kejadian letupan tersebut merupakan yang ketiga berlaku dalam tempoh empat hari di ibu negara Iraq itu.
Setakat ini, tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan yang dilakukan berdekatan sebuah pawagam di Baghdad al-Jadida itu, namun, ada pihak mendakwa ia didalangi oleh puak pelampau Sunni yang dipercayai terlibat dalam dua serangan di kawasan puak Syiah sebelum ini. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/serangan-bom-kereta-11-maut-39-cedera-di-iraq-1.290896#sthash.OJ40FgSO.dpuf

Saturday 23 April 2016

Tentera Nigeria didakwa bunuh 350 golongan Syiah


LAGOS – Amnesty International (AI) semalam mendakwa tentera Nigeria menembak lebih daripada 350 orang Syiah dan menanam mayat mereka di dalam satu kubur besar di samping memusnahkan bukti-bukti jenayah tersebut.
Kumpulan hak asasi itu turut me­nyangkal dakwaan tentera terbabit bahawa penunjuk perasaan daripada kumpulan Gerakan Islam Nigeria (IMN) mahu membunuh ketua tentera sebelum pertempuran tersebut bermula pada Disember lalu.
Tentera Nigeria yang berulang kali dituduh menganiayai orang awam dalam peperangan menentang kumpulan Boko Haram tetap mempertahankan tindakan anggota tenteranya.
Terdapat kebimbangan tindakan tentera terhadap golongan Syiah di bandar Zaria itu mungkin membawa kepada kebangkitan seperti dilakukan Boko Haram yang memberontak sehingga menyebabkan sekitar 20,000 orang terbunuh sejak 2009.
Laporan pertubuhan berkenaan didedahkan susulan beberapa dakwaan bercanggah mengenai kekejaman di bandar di utara Nigeria tersebut.
Keganasan selama dua hari bermula pada 12 Disember tahun lalu berlaku selepas sekumpulan penyokong ulama pro-Iran, Ibrahim Zakzaky daripada IMN yang menghadiri satu majlis keagamaan bertindak menghalang konvoi Ketua Turus Tentera Nigeria melalui kawasan tersebut.
AI mendakwa siasatannya mensabitkan tentera bertindak ‘secara tidak sah’ dengan menembak secara rambang ke arah penunjuk perasaan.
“Kami tidak pasti kenapa tentera melancarkan ‘operasi tentera’ sedemikian sebagai tindak balas terhadap situasi yang aman dan mengikut undang-undang. Tentera Nigeria tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan mereka kononnya penunjuk perasaan IMN cuba membunuh Ketua Turus Tentera,” jelas laporan itu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0423&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz46emUha4l 
Hakcipta terpelihara 

Thursday 21 April 2016

Obama: AS, negara-negara Teluk tidak minat konflik dengan Iran


RIYADH 21 April - Presiden Barack Obama berkata, Amerika Syarikat mahupun negara-negara Arab di Teluk tidak berminat untuk terlibat dalam konflik dengan Iran.
“Walaupun, Iran dan Barat telah melaksanakan perjanjian nuklear, kami secara kolektif memberi perhatian serius terhadap tingkah lalu Iran”, kata Obama semasa menghadiri penutup satu sidang kemuncak di ibu negara Arab Saudi, di sini bersama enam negara anggota Majlis Kerjasama Teluk.
Beliau merujuk kepada tindakan Iran, yang mengugat kestabilan di rantau ini, namun beliau berkata: “Tidak ada sebuah negara pun berminat untuk terlibat konflik bersama Iran.”
Hubungan Iran dan negara-negara Teluk yang berfahaman sunnah serta Washington menjadi tegang berikutan perbezaan pendapat.
Negara-negara Teluk bimbang terhadap tindakan Obama menjalin hubungan rapat dengan Iran, bimbang Teheran akan memainkan peranan yang lebih besar di rantau ini, selepas sekatan ke atas negara berfahaman syiah itu ditarik balik, setelah menandatangani perjanjian nuklear dengan negara-negara kuasa besar diketuai Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.
Arab Saudi dan negara-negara Teluk menuduh Iran cuba memperluaskan campur tangannya di rantau ini dengan menyokong kumpulan bertelagah dalam konflik di Yemen dan Syria. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/obama-as-negara-negara-teluk-tidak-minat-konflik-dengan-iran-1.283390#sthash.aijzez9h.dpuf

Tuesday 19 April 2016

Jordan panggil balik duta di Iran


Jordan Flag
Gambar media sosial
DUBAI 18 April - Jordan dilaporkan telah memanggil pulang duta mereka yang berada di Iran, kata satu saluran berita Emeriyah Arab Bersatu (UAE), al-Arabiya hari ini.
Tindakan itu dibuat bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai sejauh mana campur tangan Tehran dalam hal ehwal negara Arab ketika ini.
Jordan merupakan negara Arab terbaharu yang memanggil wakil kedutaan mereka di Tehran pulang selepas Arab Saudi memutuskan hubungan dengan negara republik Islam itu berikutan insiden serangan kedutaan mereka di Tehran dan Mashhad, Januari lalu.- REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jordan-panggil-balik-duta-di-iran-1.277175#sthash.fMjer1zi.dpuf

Salah Tembak, Pesawat Rezim Tewaskan Puluhan Milisi Hizbullat


hizbullat matiAntiLiberalNews – Surat kabar Kuwait “al-Jareeda” mengutip sumber Libanon memastikan bahwa lusinan milisi Hizbullat Libanon tewas di al-Eis, selatan pinggiran Aleppo setelah menjadi target meleset dari senjata kimia pesawat tempur rezim Assad, sebagaimana dilaporkan ElDorar AlShamia, Ahad (17/4/2016).
Menurut saksi mata kepada surat kabar itu, tanda terbakar pada bangkai Hizbullat itu menunjukkan bekas bom fosfor dan zat kimia lain yang tidak diketahui.
Hal ini mengonfirmasi lansiran koresponden jaringan berita ElDorar AlShamia beberapa waktu lalu bahwa sebuah pesawat Sukhoi 24 milik rezim Assad yang melakukan penembakan meleset itu merupakan milik Brigade 65 Iran, dan milisi Hizbullat Libanon yang tewas mencapai 20 ekor saat itu, semua dilarikan ke rumah sakit militer di Aleppo.
Red: Adiba Hasan

Friday 8 April 2016

250 penduduk 'hilang' serangan IS di timur Damsyik


KHAMIS, 7 APRIL 2016 @ 3:54 PM
 TENTERA Syria meronda di bandar al-Qaryatain daripada ancaman Kumpulan IS. - Foto fail AFP


DAMSYIK: Kira-kira 250 orang awam Syria dikhuatiri diculik selepas satu serangan yang dilancarkan militan Kumpulan Negara Islam (IS) ke atas kilang simen di timur Damsyik. "Kami tidak lagi berhubung dengan ahli keluarga kami sejak tengah hari Isnin (kelmarin) selepas serangan anggota IS ke atas kilang," kata seorang penduduk di Pekan Dmeir, 50 kilometer di timur Damsyik. Pengurusan kilang berkenaan berkata, seramai 250 kakitangan tidak boleh dihubungi sejak Isnin lalu. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/141489

Serangan Bom Gas Beracun, 23 Terbunuh


Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 10:02 AM

ALEPPO: Seramai 23 penduduk terbunuh manakala 100 lagi cedera selepas diserang menggunakan bom gas kimia.
Seorang wartawan tempatan berkata, serangan itu dilakukan pada pukul 11.30 pagi hingga 12 tengah hari waktu tempatan.
"Gas yang digunakan dalam serangan ini menyebabkan mangsa terasa kelesuan dan sukar bernafas.
"Ini menunjukkan bahan-bahan beracun telah digunakan dalam serangan tersebut," katanya yang tidak mengetahui pihak yang menyerang.
Video yang dirakam penduduk memperlihatkan kepulan asap kuning selepas bom kimia berkenaan diletupkan.
Jumlah kematian dijangka meningkat berikutan kesan terhadap gas beracun berkenaan.

Monday 4 April 2016

Lelaki Singapura didakwa eksport teknologi ke Iran

DUNIA SELASA, 5 APRIL 2016 @ 8:30 AM

LIM Yong Nam atau dikenali sebagai Steven Li.

 WASHINGTON: Seorang lelaki Singapura yang dituduh membantu mengeksport teknologi ke Iran yang ditemui dalam peranti letupan tidak diletupkan, diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk didakwa. Lim Yong Nam, juga dikenali sebagai Steven Lim, ditahan di Indonesia setahun setengah lalu. Pendakwa berkata, beliau akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan Washington, menyaksikan lelaki berusia 42 tahun itu didakwa pada 2010 atas tuduhan termasuk menyeludup, eksport haram dan membuat kenyataan palsu kepada kerajaan. Lim dan beberapa defendan lain didakwa membantu mengeksport ribuan modul frekuensi radio ke Iran pada 2007 dan 2008 yang dibeli daripada syarikat tidak dinamakan di Minnesota dan menipu kerajaan Amerika Syarikat dengan berkata Singapura adalah destinasi akhir barangan berkenaan. Realiti, kata pendakwa, modul itu dieksport ke Iran menerusi Singapura. Lim memberitahu pegawai Amerika, beliau tidak tahu mengenai had eksport negara itu ke Iran, walaupun pernah menghubungi seorang lagi defendan 'tidak kurang enam kali' untuk membincangkan larangan dan pendakwaan yang timbul daripada tindakan itu, menurut kertas pendakwaan. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/140608

Saturday 2 April 2016

Stesen televisyen Al-Arabiya milik Arab Saudi ditutup


Seorang wartawan akhbar Asharq Al-Awsat  melihat kerosakan selepas

Seorang wartawan akhbar Asharq Al-Awsat melihat kerosakan selepas pejabat akhbar milik Arab Saudi itu diserbu penunjuk perasaan, kelmarin. - AFP
BEIRUT 2 April – Stesen televisyen Al-Arabiya milik Arab Saudi, semalam menutup operasinya di Lebanon dan memecat sebanyak 27 kakitangannya, dalam satu tindakan mengejut di tengah-tengah ketegangan politik antara Riyadh dan Beirut.
Pejabat akhbar Ashraq al-Awsat milik Arab Saudi di Beirut turut diserang kumpulan penunjuk perasaan sebagai tindak balas terhadap penerbitan karikatur oleh akhbar berkenaan yang mengkritik Lebanon.
Arab Saudi telahpun memotong bantuan ketenteraan berjumlah AS$3 bilion (RM11.6 bilion) kepada Lebanon, selepas Beirut gagal mengecam serangan ke atas Kedutaan Arab Saudi di Teheran pada Januari lalu.
Riyadh menganggap kurangnya solidariti Lebanon secara umum, merupakan isyarat Beirut mula terhutang budi kepada pergerakan Hezbollah yang mendapat sokongan musuh utama Arab Saudi, Iran.
“Kami dimaklumkan bahawa pejabat (Al-Arabiya) ini ditutup dan 27 kakitangannya dipecat,” kata seorang wartawan Al-Arabiya.
Satu kenyataan daripada stesen berita itu mengesahkan bahawa pejabat mereka di Beirut ditutup dengan menyifatkannya sebagai langkah penyusunan semula berikutan cabaran di peringkat bawah dan memetik kebimbangan akan keselamatan pekerja mereka.
Menteri Penerangan Lebanon, Ramzi Greige dalam pada itu menolak alasan penutupan itu adalah disebabkan faktor keselamatan.
“Sudah tentu tidak ada sebab untuk menutup pejabat Al-Arabiya di Beirut. Mungkin terdapat sebab politik langkah ini diambil, namun saya tidak tahu sehinggalah saya mendapat penjelasan daripada mereka,” katanya.
Sementara itu, kumpulan penunjuk perasaan menyerbu masuk pejabat akhbar Ashraq al-Awsar dengan mencampakkan akhbar dan menterbalikkan kerusi meja selepas akhbar itu menerbitkan karikatur yang menunjukkan bendera Lebanon tertulis dengan perkataan, 'an April fool’ di atasnya.  REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/stesen-televisyen-al-arabiya-milik-arab-saudi-ditutup-1.207806#sthash.TNbRxnmE.dpuf

Friday 1 April 2016

Suamiku ketua pengganas

Beirut: Bekas isteri Abu Bakr al-Baghdadi berkata, dia tidak menyangka lelaki yang dikahwininya itu ketua kumpulan pengganas Daish.
Dalam wawancara dengan sebuah akhbar Sweden, Expressen, di Lubnan, Saja al-Dulaimi, 28, berkata, dia menyangka suaminya yang pendiam itu profesor sebuah kolej.
Abu Bakr menggunakan nama palsu ketika menemui dan mengahwini janda warga Iraq itu.
Menurut Saja, sepanjang beberapa bulan berkahwin dengan lelaki itu, dia tidak pernah tahu mengenai hubungan suaminya dengan keganasan.
“Saya berkahwin dengan lelaki biasa tetapi misteri, lelaki yang saya sangka pensyarah universiti. Ketika itu namanya Hisham Mohammad. Dia tidak banyak cakap,” kata Saja.
Saja menerima lamaran Abu Bakr atas nasihat bapanya.
Mereka berkahwin pada 2009 selepas kematian suami pertama Saja, bekas pengawal peribadi Saddam Hussein. Pengganas itu menyamar sebagai profesor dan menawar membantu dia membesarkan dua anak kembarnya.
“Dia sayangkan kanak-kanak. Anak-anak pula menyanjungnya. Memang dari segi itu dia lelaki bagus. Tetapi hubungan antara kami amat renggang,” kata Saja.
Dia dan dua anaknya berpindah untuk tinggal serumah bersama Abu Bakr, isteri pertama dan anak mereka.
Abu Bakr sering menghilangkan diri selama beberapa hari. Bila pulang, dia akan menyepi.
“Saya tidak boleh berbincang atau berbual seperti suami isteri dengannya. Dia hanya bertanya dan mengarah. Tidak lebih daripada itu,” kata Saja.
Tiga bulan selepas berkahwin dan hamil sebulan, Saja meninggalkan rumah itu.
“Anda boleh berkata saya melarikan diri daripadanya. Saya tidak gembira. Isteri pertamanya juga tidak gembira. Dia kecewa kerana suaminya mengahwini saya. Kerana itu saya tinggalkan rumah itu.
Menurutnya, kali terakhir dia bercakap dengan ketua kumpulan pengganas itu ialah pada 2009 apabila dia minta diceraikan.
Saja kemudian menumpang di rumah keluarga suami pertamanya, melahirkan anak dan berkahwin sekali lagi, kali ini dengan lelaki Palestin.
Dia hanya mengetahui bekas suaminya itu ketua kumpulan Daish pada 2014.
Saja ditangkap di Lubnan pada tahun berkenaan kerana menyeberang masuk ke negara itu bersama suami barunya.
Di Beirut, penyiasat menunjukkan gambar ketua Daish itu yang dikenalinya serta-merta.
“Saya sungguh terkejut - tujuh tahun kemudian - baru saya tahu saya berkahwin dengan lelaki paling berbahaya di dunia. Saya tumbuk tingkap hingga pecah kerana terlalu marah,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2016 @ 5:05 AM

GAMBAR fail, Saja bersama dua anaknya ketika ditahan di Lubnan pada 2014.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127259#sthash.E7OXN1A7.dpuf