Wednesday 15 June 2016

Saudi sorok maklumat


13 JUN 2016

Saudi sorok maklumat


Saudi sorok maklumat Kakitangan kecemasan Saudi membawa jemaah haji yang cedera dalam tragedi rempuhan di Mina tahun lalu. - Foto: AFP
TEHERAN - IRAN. Pegawai Iran mendakwa Arab Saudi khuatir seandainya maklumat disembunyikan berhubung tragedi rempuhan di Mina yang menyaksikan kematian ribuan jemaah haji pada musim lalu didedahkan.

Menurut Ketua Pertubuhan Jemaah Haji Iran, Saeed Ohadi, setelah lebih sembilan bulan sejak kejadian itu, nasib mereka yang terlibat masih tidak jelas.

"Salah satu sebab penolakan Saudi untuk menerima jemaah Iran adalah kerana mereka takut jumlah sebenar para syuhada yang terkorban dalam tragedi itu didedahkan," katanya.

Bulan lalu, Iran dilapor membatalkan penyertaan ke Mekah selepas pihak berkuasa Saudi menolak untuk menjamin keselamatan jemaahnya.

Dalam kejadian 24 September tahun lalu, kerajaan Saudi mendakwa hampir 770 orang meninggal dunia, manakala pegawai Pertubuhan Jemaah Haji Iran memberitahu kira-kira 4,700 orang termasuk 460 jemaah Teheran terkorban.  - Press TV

No comments:

Post a Comment