Saturday, 31 December 2016

21 maut, 45 cedera letupan di pasar


31 DISEMBER 2016
21 maut, 45 cedera letupan di pasar


21 maut, 45 cedera letupan di pasar
BAGHDAD - IRAQ. Sekurang-kurangnya 21 terbunuh manakala 45 cedera selepas dua bom meletup di sebuah pasar sesak di tengah Baghdad, kata pegawai Iraq.

Serangan berlaku pada awal pagi Sabtu di Al Sinaq sebuah pasar sibuk yang menjual aksesori kereta, makanan, pakaian, dan benih pertanian dan jentera.

Polis berkata, sepasang bom silih berganti meletup di tepi jalan, namun pegawai kemudian berkata, bom pertama meletup di tepi jalan dikikuti dengan letupan kedua dari pengebom berani mati yang meletupkan diri di tengah-tengah orang ramai

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dengan insiden letupan paling dahsyat melanda pasar itu sejak Oktober lalu.

Mangsa yang dianggarkan oleh pihak polis dan pegawai perubatan adalah di antara 19 hingga 23 orang.

Friday, 30 December 2016

Arab Saudi, Iran bincang persiapan haji tahun depan


30 Disember 2016 10:05 PM
GAMBAR HIASAN ARKIB UTUSAN
 GAMBAR HIASAN ARKIB UTUSAN

RIYADH 30 Dis. - Arab Saudi telah menjemput Iran dalam perbincangan tentang penghantaran jemaah haji negara itu untuk tahun depan selepas Arab Saudi tidak menyenaraikan Iran dalam kumpulan jemaah haji tahun ini berikutan pertikaian diplomatik.

Akhbar Al-Hayat melaporkan Menteri Haji, Mohammed Bentin telah mengadakan pertemuan dengan lebih 80 negara termasuk Iran bagi memperincikan tentang persediaan haji tahun depan.

``Delegasi haji Iran telah dijemput oleh Arab Saudi untuk persiapan haji tahun depan,’’ lapor akhbar itu.


Akhbar Arab News pula melaporkan, Riyadh mengalu-alukan jemaah haji dan umrah tanpa mengira negara atau mazhab termasuk jemaah haji Iran.

Lebih 1.8 juta jemaah haji dari seluruh dunia menunaikan ibadah berkenaan tahun ini namun Iran terkecuali berikutan ketegangan antara Riyadh dan Tehran akibat tragedi rempuhan pada musim haji 2015.

Kira-kira 2,300 jemaah haji terkorban dalam tragedi yang disifatkan paling buruk berlaku semasa musim haji.

Riyadh memutuskan hubungan dengan Tehran pada Januari lalu selepas penunjuk perasaan Iran membakar pejabat kedutaan dan konsulat Arab Saudi berikutan keputusan Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati terhadap ulama Syiah. - AFP

Saturday, 24 December 2016

Ada pro, kontra Abdul Hadi ke Iran

IBRAHIM ALI
 IBRAHIM ALI
24 Disember 2016 12:14 AM


KUALA LUMPUR 23 Dis. – Pre­siden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyifatkan lawatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Iran untuk menghadiri satu persidangan baru-baru ini mempunyai kesan baik dan buruk.

Ibrahim berkata, persidangan yang dihadiri Abdul Hadi itu adalah sebuah program perbandingan antara agama yang dihadiri tokoh agama Islam termasuk daripada golongan fahaman Islam Sunni dan Syiah.

“Daripada segi inte­raksi persidangan itu adalah untuk mereka bertukar pendapat, ber­debat dan berdialog ten­tang isu berkaitan kepentingan umat Islam, dan saya tengok ada baiknya dalam aspek itu.

“Namun, ada pihak melihat, oleh kerana Iran menjadi tuan rumah, pe­nyertaan (Abdul Hadi) itu memberi gambaran seolah-olah kita merestui tindak tanduk Iran di Aleppo,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan Senarai Jawatankuasa Perkasa Malaysia Peringkat Pusat Penggal 2016-2019 di sini hari ini.

Sementara itu, Ibrahim turut menyifatkan lawatan Abdul Hadi perlu dinilai berdasarkan manfaat yang diperoleh kepada negara.

“Selepas (Abdul Hadi) pergi itu, apa hasilnya. Kalau ada memberi manfaat, berbaloilah. Tetapi kalau dia pergi semata-mata untuk tunjuk glamor, memang membazir. Namun, kalau ada hasilnya, alhamdulillah. Saya tengok dari segi itu,” katanya.

Friday, 2 December 2016

Aleppo akan jadi kubur besar




AFP - PENDUDUK di timur Aleppo meninggalkan kediaman masing-masing untuk mencari tempat selamat kelmarin.


ALEPPO – Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa Aleppo akan menjadi tanah perkuburan besar selepas lebih 50,000 penduduknya dilaporkan melarikan diri daripada pertempuran antara tentera kerajaan dan kumpulan pemberontak.
Majlis Keselamatan me­ngadakan sidang tergempar berhubung pertempuran tersebut di New York kelmarin.
Bercakap pada sidang tergempar tersebut melalui panggilan video dari London, Ketua Kemanusiaan PBB, Stephen O’Brien merayu tindakan segera diambil untuk menghentikan pertempuran di Aleppo.
“Atas dasar kemanusiaan, kami merayu pihak-pihak terlibat dan mereka yang berpengaruh supaya melakukan apa sahaja yang terdaya untuk melindungi orang awam dengan membuka laluan ke timur Aleppo sebelum kawasan itu menjadi tanah perkuburan besar,” katanya.
Desakan serupa dibuat oleh pemimpin kumpulan penentang Syria, Brita Hagi Hassan semasa lawatannya ke Paris juga kelmarin.
Beliau menggesa laluan selamat dibuka bagi memboleh­kan penduduk awam segera meninggalkan Aleppo.
Kegagalan untuk bertindak, katanya, akan menyebabkan PBB dipersalahkan atas kematian 250,000 penduduk di timur Aleppo yang digempur tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad.
“Biarkan orang awam ini keluar, lindungi mereka, sediakan laluan selamat untuk mereka,” kata Brita selepas menemui Menteri Luar Perancis, Jean-Marc Ayrault.
Tentera Bashar dan sekutunya yang dibantu serangan udara Rusia berjaya me­rampas kira-kira 40 peratus kawasan yang dikuasai kumpulan penentang di timur Aleppo sejak melancarkan operasi besar-besaran untuk menawan semula bandar itu dua minggu lalu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4RgBmoq7K 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, 29 November 2016

Paip kena bom, 650,000 warga Mosul putus bekalan air

SELASA, 29 NOVEMBER 2016 @ 11:37 PM

Wanita Iraq memikul kotak mengandungi bekalan makanan, diedarkan oleh kementerian Iraq, di kawasan tengah Mosul. - Foto AFP

MOSUL: Kira-kira 650,000 penduduk di bandar ini putus bekalan air selepas saluran paip pecah akibat terkena bom ketika pertempuran antara tentera kerajaan dan militan Daesh, lapor pihak berkuasa tempatan hari ini. "Pasukan penyelenggaraan tidak dapat memasuki kawasan paip itu kerana ia berada di kawasan bergolak," kata Hussam al-Abar, ahli majlis daerah Nineveh, antara 15 daerah di pinggir bandar Mosul. "Kami sedang menghadapi malapetaka kemanusiaan," katanya. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/218212

Saturday, 26 November 2016

Iran tahan tiga pegawai susulan perlanggaran dua kereta api


26 November 2016 9:19 PM
GAMBAR fail yang diambil oleh agensi berita Tasnim semalam ini


GAMBAR fail yang diambil oleh agensi berita Tasnim semalam ini menunjukkan keadaan dua buah kereta api yang berlanggar di wilayah Semnan, kira-kira 250 kilometer dari Tehran, ibu negara Iran hingga menyebabkan berpuluh-puluh nyawa terkorban. -AFP
TEHRAN 26 Nov. - Pihak berkuasa Iran menahan tiga orang pegawai kereta api selepas insiden perlanggaran dua kenderaan lokomotif itu hingga menyebabkan lebih 40 orang penumpang terbunuh semalam, kata agensi berita IRNA hari ini.

Penahanan ketiga-tiga pegawai yang bertugas di pusat kawalan timur laut di bandar Shahroud itu disahkan oleh ketua pendakwa raya wilayah, Heydar Asiabi.

Selain menyebabkan berpuluh-puluh mangsa terkorban, insiden terburuk melibatkan kereta api yang berlaku di Semnan, utara Iran itu turut menyebabkan berbelas-belas penumpang yang lain cedera. -AFP

Friday, 25 November 2016

31 maut nahas kereta api di Iran



FOTO Reuters


Agensi
am@hmetro.com.my


Tehran: Sekurang-sekurangnya 31 terbunuh manakala 60 lagi cedera dalam nahas kereta api, lapor media Iran, hari ini.

Stesen TV melaporkan, nahas berlaku apabila kereta api yang sedang bergerak merempuh kereta api yang berhenti berhampiran stesen, kira-kira 250 kilometer timur Tehran.

Laporan mendakwa, empat daripada lapan yang terbunuh di lokasi nahas adalah pekerja kereta api yang berada dalam kedua-dua kereta api itu.

TV itu juga melaporkan empat gerabak tergelincir dan terbakar. Stesen TV berkenaan juga menunjukkan rakaman pasukan penyelamat bekerja di tepi gerabak yang terbakar.

Kesemua mangsa dibawa ke hospital berdekatan.

Gabenor Mohammad Reza Khabbaz memberitahu stesen TV bahawa punca nahas masih dalam siasatan berikutan kereta api yang berhenti itu bukan dalam kawasan stesen tetapi di landasan utama.

Ketua Palang Merah Iran, Ali Asghar Ahmadi, pula memberitahu angka kematian mungin meningkat.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 November 2016 @ 7:16 PM