Sunday, 5 April 2015

Pasukan khas Arab saudi terlibat di Yemen


ADEN 5 April - Sebuah pasukan khas Arab Saudi yang disertai angkatan tentera darat dan tentera laut dilaporkan terlibat dalam operasi ketenteraan menyerang pemberontak Syiah Houthi berhampiran Yemen, semalam.
Dalam operasi tersebut, pasukan angkatan tentera darat Arab Saudi telah menyediakan senjata dan peralatan komunikasi kepada tentera Presiden Abdrabbuh Mansour Hadi di bandar Aden, selatan negara ini.
Manakala pasukan tentera laut pula menyediakan “koordinasi dan bimbingan” bagi membolehkan tentera untuk melancarkan serangan balas ke atas kumpulan pemberontak. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pasukan-khas-arab-saudi-terlibat-di-yemen-1.77337#sthash.MQlo3paR.dpuf

Thursday, 26 March 2015

Arab Saudi, sekutu gempur pemberontak Huthi


JEDDAH 26 Mac – Arab Saudi melancarkan serangan udara terhadap kedudukan pemberontak Syiah Huthi di Yemen awal hari ini, bagi mengelakkan negara jiran itu terjerumus ke kancah perang saudara.
Duta Arab Saudi ke Amerika Syarikat (AS), Adel al-Jubeir berkata, buat masa ini, hanya serangan udara dilancarkan bersama sekutu Arab yang lain dan aset tentera yang lain telah dikerah bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
“Operasi ini bertujuan mempertahankan dan menyokong kerajaan Yemen yang sah dan menghalang pemberontak Huthi mengambil-alih pemerintahan negara tersebut,” kata Adel sambil menambah AS memberi sokongan penuh terhadap operasi itu. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/arab-saudi-sekutu-gempur-pemberontak-huthi-1.73875#sthash.yCQSbwun.dpuf

Wednesday, 11 February 2015

AS tutup kedutaan di Yemen


SANAA 11 Feb. – Amerika Syarikat (AS) menutup kedutaannya di Yemen ekoran situasi keselamatan yang tidak menentu di negara ini disebabkan kemelut politik dan pemberontakan puak syiah Huthi.
Pegawai kerajaan AS di Washington mengesahkan perkara tersebut selepas tahap keselamatan di ibu negara Yemen, Sanaa dianggap tidak selamat sejak kumpulan pemberontak menawan keseluruhan bandar itu.
Jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki enggan mengulas lanjut tentang hal itu, tetapi memaklumkan bahawa staf kedutaan dikurangkan secara berperingkat.
“Keselamatan rakyat negara AS menjadi keutamaan dan kita mengambil langkah sesuai bagi memastikan mereka dilindungi,” katanya. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/as-tutup-kedutaan-di-yemen-1.58351#sthash.dr3yuHI1.dpuf

Friday, 23 January 2015

Yemen, Huthi setuju berdamai


Pemberontak setuju undur dari bangunan kerajaan dan Istana Presiden
23 Januari 2015 3:01 AM



SEORANG anggota pemberontak Huthi menaiki sebuah kenderaan tentera lengkap dengan senjata yang dirampas daripada pasukan pengawal Presiden berkawal di luar Istana Presiden Yemen di Sanaa pada 21 Januari lalu. – REUTERS

SANAA 22 Jan. - Presiden Yemen, Abdrabuh Mansur Hadi dan kumpulan pemberontak Syiah Huthi dilapor mencapai perjanjian damai bagi menamatkan konflik berdarah di negara ini yang berlanjutan sejak September lalu.
Menurut agensi berita tempatan, Saba, mengikut perjanjian sembilan perkara itu, pemberontak Huthi bersetuju untuk berundur dari bangunan kerajaan termasuk Istana Presiden yang ditawan pada minggu ini sebagai pertukaran atas persetujuan kerajaan untuk meminda Perlembagaan.
Selain itu, kumpulan Syiah tersebut bersetuju membebaskan ketua turus Presiden, Ahmed Awad bin Mubarak yang diculik pada Sabtu lalu sebagai tekanan kepada Abdrabuh memenuhi tuntutan mereka untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan.
Saba melaporkan, kerajaan pimpinan Abdrabuh juga kemungkinan memenuhi tuntutan Huthi untuk meminda Perlembagaan yang diluluskan untuk membahagikan Yemen kepada enam wilayah persekutuan.
“Usul Perlembagaan baharu perlu dipersetujui semua pihak seperti yang dicapai dalam perjanjian tersebut dan Yemen juga akan menjadi sebuah negara persekutuan berdasarkan keputusan yang diperoleh melalui dialog kebangsaan.
“Puak Syiah Huthi dan Pergerakan Selatan selain semua parti politik lain yang dinafikan hak sama rata untuk mewakili kerajaan, akan memperoleh kelebihan yang sama,” jelas laporan itu.
Persetujuan antara Abdrabuh dan pemberontak Huthi dicapai hanya sehari selepas kumpulan militan itu menawan Istana Presiden dan menyerang kediaman beliau, dipercayai bertujuan merampas kuasa.
Sepanjang keganasan dua hari yang bermula sejak kelmarin, sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh dan 94 orang lagi cedera dalam pertempuran antara pemberontak Huthi dan tentera Yemen di sekitar ibu negara.
Kemelut politik Yemen tercetus sejak September lalu apabila pemberontak Huthi menguasai sebahagian besar bandar Sanaa termasuk semua bangunan kerajaan dan stesen radio sebagai menentang idea penubuhan kerajaan perpaduan dan pemberian kuasa imuniti kepada bekas Presiden, Ali Abdullah Saleh yang digulingkan oleh rakyat pada 2011. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/yemen-huthi-setuju-berdamai-1.51217#sthash.S9PFRawm.dpuf

Thursday, 22 January 2015

Presiden Yemen, pemberontak capai perjanjian damai


SANAA 22 Jan. – Presiden Yemen, Abdrabbuh Mansour Hadi dilapor mencapai perjanjian damai dengan pemberontak Syiah Houthi yang menawan beberapa lokasi penting di ibu negara, termasuk Istana Presiden.
Menurut sumber pejabat Presiden, Abdrabbuh sedia berkompromi dengan kumpulan pemberontak terbabit termasuk kemungkinan meminda Perlembagaan bagi membolehkan puak syiah itu memainkan peranan yang lebih besar dalam politik.
Pemberontak Houthi dijangka membebaskan ketua turus Presiden, Ahmed Awad bin Mubarak yang diculik pada Sabtu lalu sebagai pertukaran perjanjian.
Bagaimanapun tiada pengesahan diberikan daripada puak pemberontak berhubung perjanjian itu. - Agensi
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/presiden-yemen-pemberontak-capai-perjanjian-damai-1.51001#sthash.u8wBBkpH.dpuf

Saturday, 8 November 2014

Koalisi Syiah Hutsi, Amerika dan Iran untuk Hancurkan Sunni di Yaman


M Sofwan  08/11/14 | 00:09 Asia


Syiah Hutsi dan senjata beratnya. (alwatan)

dakwatuna.com – Sana’a. Pemimpin kelompok Al-Qaidah Yaman, Nashir Al-Wakhisyi, menuduh Syiah Hutsi berkoalisi dengan Amerika dan Iran guna menghancurkan kekuatan Sunni.
Seperti diberitakan Al-Hayat, Jumat (7/11/2014) kemarin, Al-Wakhisyi mengatakan bahwa koalisi antara Amerika, Iran dan Syiah Hutsi terporoskan pada bagaimana menghancurkan kelompok-kelompok Sunni yang masih kuat di Yaman.
Koalisi ini, menurut Al-Wakhisyi, berbagi peran. Amerika melancarkan serangan udara, sementara Syiah Hutsi melakukan serangan darat.

Syiah Hutsi yang selama ini selalu ‘Kematian untuk Amerika dan Israel’,  kini telah telah mengganti slogannya. Tindakan mereka menunjukkan bahwa sebenarnya mereka menginginkan kematian untuk umat Islam, madrasah-madrasah penghafalan Al-Quran, masjid dan lainnya.
Ketika menyerang ibukota, orang-orang Amerika dan kantor kedutaannya sama sekali tidak tersentuh. Sebaliknya, mereka menyerang dan menggeledah kampus-kampus Islam seperti Universitas Al-Eman. (msa/dakwatuna)


Sumber: http://www.dakwatuna.com/2014/11/08/59689/koalisi-syiah-hutsi-amerika-dan-iran-untuk-hancurkan-sunni-di-yaman/#ixzz4IuQuq8EJ
Follow us: @dakwatuna on Twitter | dakwatunacom on Facebook

Tuesday, 4 November 2014

IS bunuh lebih 200 penduduk di Anbar

Kumpulan militan IS melancarkan gerakan pembunuhan beramai-ramai
Kumpulan militan IS melancarkan gerakan pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk daripada pelbagai kumpulan etnik di Iraq. – AGENSI
BAGHDAD 3 Nov. – Kumpulan militan Negara Islam (IS) didakwa me­lancarkan gerakan pembunuhan beramai-ramai ke atas lebih 200 penduduk daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama di Iraq.
Menurut pegawai semalam, pembunuhan terbaharu sejak 10 hari lalu melibatkan puak minoriti Iraq, Albu Nimr di wilayah Anbar, yang turut membabitkan wanita dan kanak-kanak.
Pembunuhan beramai-ramai itu dilaporkan berlaku ketika beribu-ribu penduduk Syiah bersiap sedia untuk melakukan perjalanan ke Karbala minggu ini bagi menyertai acara memperingati peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
Menurut maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber, angka kematian sebenar tidak dapat dipastikan, namun ia melebihi 200 orang.
Kolonel polis Shaaban al-Obaidi memberitahu AFP, lebih 200 orang terbunuh, manakala Timbalan Ke­tua Majlis Wilayah Anbar, Faleh al-Essawi, meletakkan jumlah korban kepada 258 orang.
Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan IS menjadikan pengikut Syiah sebagai sasaran sempena perarakan Asyura.
Semalam sahaja, sebanyak 19 pengikut Syiah dilaporkan dibunuh di Anbar. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/is-bunuh-lebih-200-penduduk-di-anbar-1.20423#sthash.cJ91OrVs.dpuf