Wednesday 16 March 2016

33 pemberontak Houthi terbunuh

Aden: Seorang ketua kabilah di Yaman berkata semalam, 33 daripada 41 yang terbunuh dalam serangan udara yang diketuai Arab Saudi di sebuah pasar di wilayah utara negara itu ialah pemberontak, bukan orang awam seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Sumber perubatan dan kabilah berkata, serangan di Hajja, wilayah yang dikuasai pemberontak kelmarin, menyebabkan 41 orang mati dan 35 cedera.
Seorang pegawai perubatan di situ berkata, mereka yang mati ialah orang awam.
Bagaimanapun, seorang ketua kabilah yang rapat dengan pemberontak Houthi berkata, 33 daripada yang terbunuh ialah anggota pemberontak itu.
“Mereka berada dalam tiga kenderaan apabila menjadi sasaran tiga serangan udara,” kata ketua kabilah yang enggan namanya disiarkan itu.
Seorang pegawai di hospital yang dikendalikan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) berkata, mereka menerima 41 mayat mangsa serangan berkenaan.
Bagaimanapun, badan kebajikan berkenaan menyangkal dakwaan pegawai itu.
Penyelaras projek Yaman MSF, Juan Prieto berkata, hospital itu hanya menerima 44 mangsa yang cedera, dua daripadanya kemudian mati. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mac 2016 @ 10:45 AM


SEORANG lelaki berjalan melintasi bangunan yang musnah akibat pertempuran di Taiz, bandar di barat daya Yaman, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/123352#sthash.DViTRMqE.dpuf

No comments:

Post a Comment