Wednesday 16 March 2016

22 terkorban letupan bom di Nigeria

DUNIA RABU, 16 MAC 2016 @ 11:52 PM

MAIDUGURI: Sekurang-kurangnya 22 orang maut dalam dua serangan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di timur laut negara itu, hari ini.

Kejadian itu dikutuk oleh Presiden Muhammadu Buhari dan mencetuskan kebimbangan terbaharu mengenai keselamatan.

GAMBAR fail Presiden Muhammadu Buhari (tengah) di Abuja, Nigeria pada Mei 2015. - Foto AP

Serangan dilakukan dua wanita yang menyamar seperti lelaki, berlaku pada kira-kira jam 5.30 pagi waktu tempatan di Molai, daerah Maiduguri di mana pemberontak Boko Haram sering menjadikan ia kawasan sasaran. Buhari, pada Disember lalu mengumumkan militan sudah ditewaskan secara "teknikal" berkata, "kecewa dengan... serangan bom terhadap mereka yang tidak berdosa". "Serangan ini menunjukkan satu lagi tanda bahawa Boko Haram kurang akal dan kumpulan tidak percaya kepada Tuhan yang tiada langsung mewakili Islam sebenar," katanya menerusi Twitter. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/134356

No comments:

Post a Comment