Wednesday 10 February 2016

Polis Thai lumpuhkan sindiket pasport palsu

RABU, 10 FEBRUARI 2016 @ 1:56 PM




POLIS Thailand hari ini menahan enam warga asing yang menjadi dalang satu daripada sindiket pasport palsu terbesar dan terbaik di negara itu. - Foto EPA


BANGKOK: Polis Thailand hari ini menahan enam warga asing yang menjadi dalang satu daripada sindiket pasport palsu terbesar dan terbaik di negara itu.


 Menurut polis, penahanan ketua sindiket warga Iran, Hamid Reza Jafary, 48, yang dikenali sebagai "The Doctor" dan membuat dokumen palsu dari rumahnya di wilayah Chachoengsao timur Bangkok itu hasil penyiasatan selama lima tahun.

 "Suspek dikehendaki oleh agensi keselamatan di banyak negara terutama di negara Kesatuan Eropah dan Jepun," kata Komander Polis Imigresen, Leftenan Jeneral Leftenan Nathathorn Prousoontorn.

Lima lelaki Pakistan yang berperanan sebagai orang tengah turut ditahan kerana membantu sindiket itu dengan menghantar pasport terbabit kepada pelanggan di luar negara dengan bayaran mencecah 80,000 bath (AS$2,300). - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/122999

No comments:

Post a Comment