Tuesday 2 February 2016

Militan IS serang makam Syiah, 45 maut

ISNIN, 1 FEBRUARI 2016 @ 12:59 AM




ORANG ramai melihat kerosakan bangunan akibat serangan militan IS di daerah Sayeda Zeinab, Damsyik, hari ini. - Foto Reuters


BEIRUT/AMMAN: Sekurang-kurangnya 45 maut, manakala 110 lain cedera dalam serangan militan IS di daerah Sayeda Zeinab, Damsyik, hari ini. Militan IS mendakwa bertanggungjawab melakukan serangan itu, menurut agensi berita yang menyokong militan berkenaan, Amaq. Ia menyebut, dua operasi mengenai kubu kuat militan Syiah paling penting di Damsyik. Agensi berita kerajaan Syria, SANA memetik sumber kementerian berkata, sekumpulan militan meletupkan bom kereta dekat garaj pengangkutan awam di kawasan Koua Sudah, di kejiranan itu. Dua pengebom bunuh diri kemudian meletupkan diri mereka berhampiran mangsa yang sedang diselamatkan. Sementara itu, Pemantau Hak Asasi Syria (SOHR) mendakwa 60 maut dalam serangan itu, termasuk 25 pejuang Syiah. Letupan itu berlaku ketika wakil kerajaan Syria dan pembangkang terbahagi mula bersidang di Geneva untuk rundingan damai pertama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam tempoh dua tahun. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/120040

No comments:

Post a Comment