Jurucakap tentera pakatan, Jeneral Brigadier, Ahmed Asseri berkata di Yemen, kumpulan pemberontak syiah Houthi dan pasukan tentera yang setia kepada bekas Presiden Yemen, Ali Abdullah Salleh telah melancarkan lebih 40,000 roket dan mortar ke sempadan Arab Saudi sejak peperangan meletus.
“Peraturan kami sekarang ialah kamu berada dekat dengan sempadan, kamu akan dibunuh,” katanya.
Menurut berkata, semalam sahaja hampir 130 mortar dan 15 peluru berpandu dilancarkan oleh kedua-dua pihak, sekali gus menunjukkan betapa sengit pertempuran di kawasan sempadan.
Riyadh dikritik hebat berikutan kematian orang awam dalam serangan udara oleh tentera pakatan, namun kelmarin mengumumkan sedang meningkatkan mekanisme sasaran dan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat dakwaan serangan tersasar ke kawasan awam.
Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kira-kira 6,000 orang terbunuh dalam pertempuran dan serangan udara di Yemen sejak perang saudara meletus di Yemen, kebanyakan mereka penduduk awam.
Menurut Asseri, orang awam yang terbunuh di Arab Saudi terdiri daripada rakyat negara ini dan pedagang asing.
Riyadh melancarkan kempen itu bagi menghalang kumpulan pemberontak Houthi yang bersekutu dengan Iran daripada menguasai sepenuhnya Yemen selepas mereka berjaya menawan ibu negara Yemen pada 2014 dan menyebakan Presiden Yemen Abd-Rabbu Mansour Hadi terpaksa melarikan diri ke Arab Saudi.
Sementara itu, serangan berterusan daripada kedua-dua pihak memaksa Riyadh mengosongkan 12 perkampungan dan memindahkan lebih 7,000 orang penduduknya di wilayah-wilayah berdekatan sempadan serta menutup lebih 500 buah sekolah. –REUTERS