Dua laporan tersebut dibuat oleh Pemuda Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan.
Naib Pengerusi Bridged Kesatria Muda Pemuda Umno Malaysia, Mohd Eddy Casmadi Che Hussin berkata video berkenaan jelas menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan.
“Beliau dalam sebuah laman sosial Youtube yang tersebar luas menyatakan Syiah dan ajaran sesat dibolehkan.
Sementara itu Ketua Pengarah JMM Wilayah Persekutuan, Faizan Mohd Nor berkata polis perlu menyiasat Khalid di bawah Akta Hasutan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Beliau yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Isnin berkata kandungan dalam
video yang dipercayai dimuat turun dan disebarkan di media sosial sejak 2013 itu sebagai mengelirukan umat Islam.
"Beliau (Khalid) dipercayai mendakwa ajaran Syiah dan Ayah Pin perlu diberi kebebasan untuk sesiapa mengamalkannya.
“Beliau juga dipercayai mencabar dan cuba memperlekehkan institusi undang-undang negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya
No comments:
Post a Comment