Wednesday 30 September 2015

Dua beranak dijatuhi hukuman mati edar dadah


Dua beranak dijatuhi hukuman mati edar dadah

30 SEPTEMBER 2015
Dua beranak dijatuhi hukuman mati edar dadah Warga Iran Parvin Yousef Ilanlou,57, (kanan) dan anaknya Tayebeh Abbasali Najafi,36, dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kompleks Mahkamah Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah mengedar 2.5 kg dadah jenis Methamphetamine di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sepang tiga tahun lepas. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Dua beranak warga Iran dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah mengedar 2.5 kilogram dadah jenis methamphetamine di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang, tiga tahun lepas.
   
Hakim Datuk Ghazali Cha menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati yang pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan membabitkan kedua-dua wanita itu.
   
Sejurus mahkamah membuat keputusan itu, Tayebeh Abbasali Najafi, 36, dilihat memujuk ibunya Parvin Yousef Ilanlou, 57, yang menangis teresak-esak dengan hukuman berkenaan.
   
Tayebeh didakwa mengedar 1297.5 gram methamphetamine di kawasan pintu keluar Pemeriksaan Kastam, Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA pada 25 Sept 2012.
   
Parvin pula didakwa mengedar 1245.6 gram dadah jenis sama di tempat, masa dan tarikh sama.
   
Kedua-dua beranak itu didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
   
Seramai lima saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
   
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Selangor Siti Noorbaya Jamil sementara dua beranak itu diwakili peguam Muhammad Zaim Azfar Jalaludin. - Bernama

Syiah bukan islam

Ghuraba Media's photo.
SYIAH, ia kelihatan seperti Islam tetapi ia bukan Islam. Akidah mereka hanya mentauhidkan Allah tetapi mengangkat Saidina Ali melebih darjat Nabi s.a.w. serta mereka mengkafirkan para sahabat Nabi s.a.w selain memfitnah isteri Nabi s.a.w iaitu Saidatina Aisyah sebagai perosak rumah tangga Nabi s.a.w.

Mereka mengubah solat, melaknat para sahabat di dalam qunut, serta menghalalkan membunuh umat Islam yang berpegang kepada Sunnah dan kini mereka menjadi makluk yg paling berbahaya dan paling terkejam di dunia seperti mana yg jelas di lihat dibumi SYIRIA. Doakan kaum muslimin/muslimat yg berada di Syiria agar mereka terselamat dari dasyatnya kezaliman/kekejaman tahap gaban toghut SYIAH.

Kita boleh mengenali cara orang SYIAH solat iaitu tidak meletakkan tangan di atas dada ketika berdiri iaitu dengan meluruskan tangan di bawah sehingga rukuk serta ada yang meletakkan batu yakni batu karbala ditempat sujud. Maka apabila tersolat berimamkan mereka, qodho' lah solat anda semula.

Tanpa disedari fahaman Syiah ini menular secara senyap di Malaysia kerana tarikan mut'ah iaitu menghalalkan zina dengan cara lafaz persetujuan yang dikaitkan dgn nikah utk beberapa ketika.

Berghasidah, berselawat gendang, dan bermaulid, memuja2 kubur adalah salah satu bentuk cara mirip Syiah beramal yang mana ia telah masuk secara pelahan2 di negara kita. Cuba anda semua surf "Memorandum Syiah kepada Yang dipertuan Agong" anda akan faham mengapa Malaysia tak marah pada Syiah, tapi marah pada Wahabbi(Sunnah) Arab Saudi..

Sebenarnya Malaysia telah dipengaruhi Syiah sejak zaman Kesultanan Melaka lagi...sebab itu banyak amalan bidaah sehingga sekarang.. Mereka pernah menghantar memorandum kepada YDPA yang menjelaskan amat banyak amalan tradisi Melayu berasal dari amalan Syi'ah. Antaranya ialah Maulid Nabi, perayaan yang TIDAK berasal dari ajaran Nabi, para sahabat bahkan Salafussoleh seluruhnya termasuk Imam Asy-Syafi'e, pengasas mazhab Syafi'e, mazhab rasmi negara ini.

Dalam memorandum yang sama, disenaraikan nama para penulis dan pendakwah yang dikatakan telah 'melawan arus' amalan warisan Syi'ah dalam tradisi masyarakat Melayu tersebut seperti Kapten Hafiz Firdaus, Ustaz Rasul Dahri, Dr. Maza, Dr. Johari Mat, dan ramai lagi. Semua penama ini digelar sebagai Wahhabi. Benar sungguh musuh terbesar Syi'ah ialah mereka yang digelar sebagai Wahhabi!

Menarik untuk difikirkan, mengapa tidak ada seorang pun dari kalangan para Habib sufi dan Ustaz ASWAJA Asya'irah wal Maturudiyyah (yang mengaku Sunni) tidak disenaraikan sebagai melawan arus pemikiran dan amalan Syi'ah, baik di Malaysia atau di peringkat global? Apakah Syi'ah dan Sufi ASWAJA 'adik-beradik' ?

Sila kaji sejauh mana kesamaan dua aliran aliran ini. Anda pasti terkejut apabila wujud titik kesamaan yang amat banyak antara mereka. Maka, apa perlunya permusuhan jika kesamaan telah wujud antara keduanya?

Fikir-fikirkan wahai orang yang berakal

Perancis mula siasatan jenayah perang terhadap rejim Assad


PIHAK berkuasa Perancis memulakan siasatan terhadap rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad berhubung dakwaan jenayah perang yang dilakukan. - Foto AFP
PARIS: Pihak berkuasa Perancis memulakan siasatan terhadap rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad berhubung dakwaan jenayah perang yang dilakukan antara tahun 2011 dan 2013, menurut sumber.
Menurut sumber yang rapat dengan kes itu, pihak pendakwa raya Paris membuka siasatan jenayah perang itu pada 15 September.
Siasatan itu tertumpu kepada bukti yang diberikan bekas jurugambar tentera Syria yang dikenali dengan nama 'Caesar'.
Beliau berpaling tadah dan meninggalkan negara itu pada 2013 dan membawa bersama kira-kira 55,000 gambar suasana konflik kejam itu. - AFP

Video Syiah: Dua Laporan Polis Dibuat Terhadap Pegawai Pejabat MB Selangor


Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 9:01 PM
- Gambar hiasan

PETALING JAYA: Dua laporan polis dibuat terhadap Pegawai Pejabat Menteri Besar Selangor, Khalid Jaafar berhubung kenyataannya yang didakwa mempertahankan ajaran syiah di Malaysia.

Dua laporan tersebut dibuat oleh Pemuda Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan.

Naib Pengerusi Bridged Kesatria Muda Pemuda Umno Malaysia, Mohd Eddy Casmadi Che Hussin berkata video berkenaan jelas menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan.

“Beliau dalam sebuah laman sosial Youtube yang tersebar luas menyatakan Syiah dan ajaran sesat dibolehkan.

“Keterangan daripada Khalid Jaafar ini mengelirukan umat Islam dan boleh menyebabkan perpecahan dan menimbulkan kemarahan umat Islam," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Damansara, Selasa.

Sementara itu Ketua Pengarah JMM Wilayah Persekutuan, Faizan Mohd Nor berkata polis perlu menyiasat Khalid di bawah Akta Hasutan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Beliau yang membuat laporan di  Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Isnin berkata kandungan dalam
video yang dipercayai dimuat turun dan disebarkan di media sosial sejak 2013 itu sebagai mengelirukan umat Islam.

"Beliau (Khalid) dipercayai mendakwa ajaran Syiah dan Ayah Pin perlu diberi kebebasan untuk sesiapa mengamalkannya.

“Beliau juga dipercayai mencabar dan cuba memperlekehkan institusi undang-undang negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya

Edar Dadah: Dua Beranak Warga Iran Dijatuhi Hukuman Mati


Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 2:54 PM

SHAH ALAM: Dua beranak warga Iran dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, pada Rabu selepas didapati bersalah mengedar 2.5 kilogram dadah jenis methamphetamine di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang, tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Ghazali Cha menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati yang pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan membabitkan kedua-dua wanita itu.
Sejurus mahkamah membuat keputusan itu, Tayebeh Abbasali Najafi, 36, dilihat memujuk ibunya Parvin Yousef Ilanlou, 57, yang menangis teresak-esak dengan hukuman berkenaan.
Tayebeh didakwa mengedar 1297.5 gram methamphetamine di kawasan pintu keluar Pemeriksaan Kastam, Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA pada 25 Sept 2012.
Parvin pula didakwa mengedar 1245.6 gram dadah jenis sama di tempat, masa dan tarikh sama.
Kedua-dua beranak itu didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Seramai lima saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Selangor Siti Noorbaya Jamil sementara dua beranak itu diwakili peguam Muhammad Zaim Azfar Jalaludin.

Monday 28 September 2015




Hanya kerana namanya aisyah.. dia dibunuh.. kejam..

Ya Allah, hancurkanlah musuh2 islam (syiah)..

SEJARAH KITA PERLU TAHU...(317-339 Hijrah) 929-952 Masihi. TENTERA SYIAH MENYERANG KAABAH...


(317-339 Hijrah) 929-952 Masih
i.

Hari Al Tarwiyah (hari kelapan dalam bulan Zulhijah), tentera Syiah Qurmuty (diketuai oleh Hamadan Ibn Al-Ashath Al-Qurmuti) menyerang konvoi haji pada tahun 317 Hijrah, membunuh semua jemaah haji, kemudian beliau menyerang Kaabah, menarik keluar batu hitam (Hajar Aswad) dan memecahkan kepada 8 bahagian kecil. Menarik keluar pintu Kaabah dan kemudian memecahkannya, menarik keluar kisa’a Al-Kabah dan memotongnya kepada banyak pecahan dan memberikannya kepada sahabat-sahabat beliau, kemudiannya beliau mengarahkan pengikut-pengikut beliau untuk memusnahkan Mizab Al-Kabah [saluran untuk menyalurkan air (sekiranya hujan) dari atas Kaabah]. Pabila pengikut beliau cuba untuk memusnahkan saluran ini, dia (pengikut yang diarahkan) terjatuh dari bumbung Kaabah dan mati. Beliau (Hamadan) kemudiannya menyuruh pengikutnya mencampakkan mayat-mayat jemaah haji yang telah mereka bunuh ke atas bumbung Kaabah, Mizab (saluran air) mengalirkan darah orang Muslim buat pertama kalinya dalam sejarah. Beliau kemudian mencampakkan mayat-mayat selebihnya kedalam telaga Zam-Zam sehingga penuh dan kemudian menutup telaga ini dengan batu yang besar.

Wanita Qurmuti (pengikut syiah) akan membawa air kononnya untuk menyiram mayat-mayat jemaah haji ini atau memberi minum kepada jemaah haji yang tercedera, akan tetapi apabila mereka berjumpa dengan jemaah haji yang masih hidup, mereka akan membunuhnya tanpa memberi air. Mereka (wanita Qurmuti) percaya bahawa mereka perlu membunuh sekurang-kurangnya 3 orang Sunni (Nasibi, gelaran yang mereka berikan pada orang Sunni) yang dahaga untuk mereka mendapat tempat di Jannah. Mayat-mayat yang lain pula ditanam di dalam Masjidil Haram dimana mereka (jemaah haji) dibunuh tanpa solat jenazah, ghosul mahupun dikafankan.

Kemudian beliau (Hamadan) berdiri di depan pintu Kaabah dan menjerit ke langit dan berkata: “ Akulah yang berani mencabar ALLAH, akulah yang berani mencabar Tuhan, DIA mencipta kamu dan aku membunuh kamu semua (jemaah haji)”.
Pengikutnya yang turut memusnahkan Hajar Aswad juga menjerit ke langit: “Dimana burung-burung Ababil ENGKAU? Dimana batu Sijjil (batu dari tanah yang terbakar) ENGKAU?” Merujuk kepada peristiwa serangan bergajah yang dipimpin oleh raja Abrahah sebelum kedatangan agama Islam.

Kemudian beliau membawa Hajar Aswad ke timur (Al-Qatif) dengan menggunakan 70 ekor unta, setiap unta yang membawa batu hitam (Hajar Aswad) jatuh sakit dan kemudian mati di tengah padang pasir. Kemudian mereka membina ‘AinulKuaibah’ dan meletakkan batu hitam itu (Hajar Aswad) di situ selama 22 tahun dan menyuruh orang ramai mengerjakan haji di situ (AinulKuaibah), tetapi tiada siapa yang pergi.

Selama 22 tahun orang Muslim tidak mengerjakan haji.

Kemudian, Khalifah (Al-Muktadir Billah) menyerang pengikut-pengikut Qurmutiah dan membunuh mereka dalam peperangan antara 80 ribu askar menentang 3 ribu askar Qurmutiah. Satu kumpulan kecil Qurmutiah, lebih kurang 10 buah keluarga dapat melarikan diri ke Syria (Bilad Al-Sham) kemudian ke Jabal Al-Arab, sebuah gunung di Arab dan menyembunyikan diri supaya tidak dibunuh, salah sebuah keluarga tersebut adalah ((Al-Assad)).
"kitab al- Bidayah Wa an- Nihayah oleh Al-Hafidz Ibnu Katsir"

Imam Al-Ghazali berkata: “ Syiah Qurmutiah adalah rofidah (keluar dari Islam) dari luar , kafir dari dalam”.

Imam Ibn-Taimyah berkata: “ Syiah adalah batiniyah (ajaran yang menyimpang dari agama Islam) dan musuh kepada Islam, dan yang lebih teruk kekafirannya adalah Qurmotiyah, mereka akan berlakon bahawa mereka adalah Muslim Shiah dan bila mereka mendapat peluang, mereka akan membuka pintu kepada musuh-musuh Islam untuk mengkhianati kita, mereka (Qurmotiyah) telah jauh tersasar dari Quran dan Hadis.

Salah sebuah peninggalan Qurmotiyah ini adalah ‘Ainul Kuaibah”, di Al Ahsa (bangunan yang mereka dakwa untuk menggantikan Kaabah yang mana mereka meletak batu hitam (Hajar Aswad) dan menyuruh umat Islam menunaikan haji di situ.

# Dari golongan inilah lahirnya Syiah Nusairiyyah di Syria. 

Khamenei tuntut Arab Saudi mohon maaf insiden rempuhan di Mina


PEMIMPIN agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei. - Foto AFP
TEHRAN: Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei menuntut permohonan maaf daripada kerajaan Arab Saudi susulan rempuhan di Mina yang mengorbankan seramai 769 jemaah pada musim haji tahun ini, dengan sekurang-kurangnya 140 daripadanya adalah rakyat Iran.
"Daripada melepaskan tanggungjawab dan menyalahkan pihak lain, Arab Saudi harus menerima tanggungjawab mereka dan meminta maaf kepada umat Islam di dunia dan keluarga mangsa," kata Khamenei ketika dipetik dalam laporan agensi berita rasmi IRNA, hari ini. - AFP

Sunday 27 September 2015

Khamenei tuntut Arab Saudi mohon maaf insiden rempuhan di Mina


PEMIMPIN agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei. - Foto AFP
TEHRAN: Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei menuntut permohonan maaf daripada kerajaan Arab Saudi susulan rempuhan di Mina yang mengorbankan seramai 769 jemaah pada musim haji tahun ini, dengan sekurang-kurangnya 140 daripadanya adalah rakyat Iran.
"Daripada melepaskan tanggungjawab dan menyalahkan pihak lain, Arab Saudi harus menerima tanggungjawab mereka dan meminta maaf kepada umat Islam di dunia dan keluarga mangsa," kata Khamenei ketika dipetik dalam laporan agensi berita rasmi IRNA, hari ini. - AFP

Sunday 6 September 2015

Tak sangka kahwini gadis Syiah


MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
Tak sangka kahwini gadis Syiah
Tak sangka kahwini gadis Syiah Irfan menunjukkan gambar anaknya yang berusia dua tahun.
7 SEPTEMBER 2015


ALOR SETAR - Seorang usahawan muda tidak menyangka perkenalan singkatnya dengan seorang gadis di laman sosial Facebook membawa kepada perkahwinan Syiah.

Irfan Amar (bukan nama sebenar), 30, mengenali wanita warga Thailand itu pada 2010 sebelum mengambil keputusan untuk bertunang kira-kira sebulan kemudian.

Perwatakan lemah lembut dan penuh sopan wanita berusia 19 tahun ketika itu membuatkannya terpesona pada pandangan pertama.

Difahamkan, ahli keluarga wanita itu menetapkan tarikh pertunangan mereka pada pertemuan kali pertama di rumah mereka di negara jiran.

“Segalanya bermula perkenalan kami di laman sosial. Oleh kerana niat ikhlas untuk bernikah dan menamatkan zaman bujang, saya mengambil keputusan untuk mengenalinya lebih rapat.

“Saya mengambil keputusan untuk ke rumahnya di Thailand untuk mengenali keluarganya terlebih dahulu. Proses perkenalan itu berjalan dengan baik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, keraguan itu mula timbul setelah didesak bernikah dengan tergesa-gesa sedangkan perkenalan mereka baru sebulan.

“Setibanya di rumah wanita itu, kami sekeluarga terkejut apabila niat untuk berkenalan bertukar kepada penetapan tarikh bertunang.

“Kami menjadi serba salah dan terkejut dengan cara yang dibuat oleh keluarga wanita itu. Seolah-olah saya dan keluarga terperangkap,” katanya.

Bagaimanapun, mereka beranggapan baik dan bersetuju untuk menetapkan tarikh pertunangan kira-kira sebulan kemudian.

“Selepas bertunang, keluarga mereka mendesak kami lagi supaya pernikahan itu disegerakan seolah-olah tidak memberi kami peluang menetapkan tarikh, mengenal keturunan mereka dan dipaksa dengan cara yang amat halus.

“Atas desakan dan singkatnya tempoh perkenalan itu, kami bertunang dan akad nikah di negara jiran. Saya masih beranggapan baik pada ketika itu,” katanya.

Irfan berkata, mereka bernikah pada tahun 2011 mengikut pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah tanpa dihadiri oleh ahli keluarganya.

“Saya mula menyedari mereka adalah dari keluarga Syiah apabila kami tidak dibenarkan bersama selagi tidak bernikah kali kedua iaitu di sebuah rumah dekat belakang Masjid Hutan Kampung, Alor Setar.

“Akad nikah kali kedua itu pelik apabila ia dilakukan oleh pasangan perempuan dan dilafazkan dalam bahasa Arab. Dalam akad itu juga saya terdengar satu perkataan mut’ah iaitu kahwin kontrak,” katanya.

Anak ketiga dari empat beradik itu kemudian merujuk kejadian itu dengan Pejabat Agama Daerah Kota Setar semasa melakukan proses pendaftaran nikah.

“Setelah dinasihatkan oleh pegawai pejabat agama, saya berasa sedikit tenang dan mengambil langkah berjaga-jaga.

“Bagaimanapun, saya dan isteri sukar menerima kenyataan serta sering bertengkar mengenai isu sunnah dan Syiah,” katanya.

Irfan berkata, isterinya turut mengakui secara terus terang mengamalkan Syiah selain ibu bapanya juga berpegang kepada amalan itu.

“Pernah kami bertengkar mengenai ketaatannya kepada suami, namun dia menyatakan bahawa syurga seorang isteri terletak pada bawah kaki ibunya sendiri.

“Tetapi setiap kali bergaduh mengenai fahaman Syiah dan sunnah, dia menyatakan pula tidak mengikut jejak langkah keluarganya dan masih pengikut fahaman sunnah. Saya masih ragu mengenai perkara itu,” katanya.

Beliau mendakwa pernah dibawa melawat markas Syiah di Pendang beberapa kali dan pemimpin itu juga pernah melawat isterinya ketika melahirkan anak di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, pada 2013.

“Saya meneliti setiap pergerakannya dalam melaksanakan tanggungjawab. Anak seringkali dibiarkan menangis dan memandikan anak pun lebih kurang sahaja.

“Pernah juga dia keluar rumah tanpa keizinan saya beberapa kali dan sibuk dengan aplikasi laman sosial di telefon pintar,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu mencabar nalurinya sebagai seorang suami yang memendam rasa sekian lama dan terpaksa menceraikan isterinya pada 1 April lalu.

“Setelah berpisah, ia menjadi satu tekanan kepada saya kerana anak perempuan yang kini berusia dua tahun berada dalam jagaan bekas isteri," katanya.

Irfan tidak mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan itu bagi mendapatkan hak penjagaan anaknya.

“Mungkin saya tidak banyak bukti, tapi di rumah mertua memang tersimpan banyak kitab Syiah," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap mendapat banuan pihak tertentu bagi mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya itu.